Tip mudah rawat mata rabun, nombor 3 paling penting diamalkan

MASALAH mata rabun tidak kira jauh, dekat atau silau sememangnya mengganggu penglihatan.

Justeru, antara cara penyelesaian ideal adalah memakai cermi mata atau kanta lekap.

Namun begitu, terdapat solusi lain seperti lasik, tetapi memakan kos yang tinggi.

Disebabkan itu, pasti korang tercari-cari apakah tip merawat mata rabun di rumah?

Antara tip:

1. Pemakanan sihat
Mata memerlukan nutrisi tertentu yang berfungsi seperti protein, kalsium, zink, antioksidan, asid lemak omega-3, lutein dan zeaxanthin.

Berikut contoh sajian yang baik untuk mata:

Sayur-sayuran hijau berdaun
– Ia merupakan sumber lutein dan zexanthin semula jadi yang mengandungi serat, mineral dan pelbagai jenis vitamin.

Iklan
Iklan

Buah-buahan sitrus dan beri
– Ia kaya dengan vitamin C.

Kekacang
– Sebagai contoh kacang badam merupakan sumber vitamin E yang sangat tinggi.

Ikan
– Salmon, tuna, ikan bilis dan ikan kembung sangat kaya dengan DHA.

Telur
– Bahagian kuning telur juga adalah sumber lutein dan zeaxanthin.

2. Senaman mata
Selain pemakanan, korang juga perlu mengamalkan senaman mata ringkas bagi mengekalkan tahap
penglihatan optimal.

Lakukan sebelum tidur, selepas bangun tidur atau pada bila-bila ketika mata berasa tidak selesa.

Caranya adalah seperti berikut:
– Tekapkan tapak tangan pada kedua belah mata dalam keadaan mata tertutup selama beberapa saat.

– Pusingkan bebola mata dengan memandang ke atas, ke bawah dan putarkannya dengan perlahan mengikut arah jam beberapa kali.

– Fokuskan pandangan mata terhadap sesuatu benda pegun. Sebagai contoh, menggunakan sebatang pen, dekat dan jauhkan ia beberapa kali untuk mendapatkan fokus yang baik.

– Urutkan dahi. Lakukan ini dengan perlahan-lahan dalam gerakan membulat beberapa kali. Selepas dahi, urutkan juga bahagian kening, bawah mata dan sisi hidung.

– Akhir sekali, sandarkan badan, pejamkan mata, rehat dan relaks selama beberapa minit.

3. Rehat untuk mata
Seperti anggota badan yang lain, badan juga memerlukan rehat. Ia sangat penting terutamanya jika anda merupakan individu yang kerap menghadap komputer setiap hari di pejabat atau di sekolah.

Baca juga 9 Tip Untuk Kulit Wajah Berseri, Cantik Cara Islam

Oleh itu, pastikan korang peruntukan waktu rehat untuk mata yang mencukupi. Alihkan pandangan
sekurang-kurangnya satu jam ke arah pemandangan menenangkan.

Ketika malam, pastikan korang tidur sekitar lapan jam setiap hari.

Selamat mencuba!

Sumber: hellodoktor

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Tumbuhan hijau sumber inspirasi, Darwennah Siska guna nama sendiri untuk jenama fesyen. ‘Unik, rare & pilihan ibu tersayang’

MINAT dalam dunia fesyen membuatkan Darwennah Siska tidak betah memilih bidang lain sebagai kerjaya utama.…

3 hours ago

Bawa kain bertulis ‘Free Palestine’, anak bongsu Perdana Menteri berani pamer solidariti dalam majlis konvoksyen di New York

TAHNIAH diucapkan buat anak perempuan Perdana Menteri, Nurul Hana Anwar yang berjaya menggenggam skrol selepas…

3 hours ago

5 tahun ‘berehat’ daripada berlakon, Julia Ziegler rindu nak ‘comeback’. ‘Kerja terbaik di dunia jadi ibu…’

“SAYA rindu sangat jika ada rezeki nak ‘comeback’ dalam dunia lakonan.” Ungkap pelakon dan model,…

3 hours ago

Kuih kaswi ‘gedik’ resipi tular, cukup mudah nak buat & bahan pun simple je. Wanita ini kongsikan caranya!

PERTAMA kali menikmati kuih kaswi ‘gedik’, cukup lembut, kenyal, lemak manis dan dimakan pula bersama…

5 hours ago

Tular video di atas pelamin, Zainal Ariffin berkahwin?

BARU-baru ini tular video yang memaparkan lelaki dipercayai pengacara terkenal, Zainal Ariffin Ismail dilihat berada…

5 hours ago

‘Bukan kehilangan tapi memulangkan.’ Rangka ditemui selepas 36 hari, isteri reda Muhammad Syafiq sudah tiada, akui suami terbaik

BARU-baru ini negara dikejutkan dengan berita kehilangan lelaki, Muhammad Syafiq Salehin, 32, yang tidak pulang…

8 hours ago