Tip mudah rawat mata rabun, nombor 3 paling penting diamalkan

July 12, 2021
Oleh Faezah Muda

MASALAH mata rabun tidak kira jauh, dekat atau silau sememangnya mengganggu penglihatan.

Justeru, antara cara penyelesaian ideal adalah memakai cermi mata atau kanta lekap.

Namun begitu, terdapat solusi lain seperti lasik, tetapi memakan kos yang tinggi.

Disebabkan itu, pasti korang tercari-cari apakah tip merawat mata rabun di rumah?

Antara tip:

1. Pemakanan sihat
Mata memerlukan nutrisi tertentu yang berfungsi seperti protein, kalsium, zink, antioksidan, asid lemak omega-3, lutein dan zeaxanthin.

Berikut contoh sajian yang baik untuk mata:

Sayur-sayuran hijau berdaun
- Ia merupakan sumber lutein dan zexanthin semula jadi yang mengandungi serat, mineral dan pelbagai jenis vitamin.

Buah-buahan sitrus dan beri
- Ia kaya dengan vitamin C.

Kekacang
- Sebagai contoh kacang badam merupakan sumber vitamin E yang sangat tinggi.

Ikan
- Salmon, tuna, ikan bilis dan ikan kembung sangat kaya dengan DHA.

Iklan

Telur
- Bahagian kuning telur juga adalah sumber lutein dan zeaxanthin.

2. Senaman mata
Selain pemakanan, korang juga perlu mengamalkan senaman mata ringkas bagi mengekalkan tahap
penglihatan optimal.

Lakukan sebelum tidur, selepas bangun tidur atau pada bila-bila ketika mata berasa tidak selesa.

Caranya adalah seperti berikut:
- Tekapkan tapak tangan pada kedua belah mata dalam keadaan mata tertutup selama beberapa saat.

- Pusingkan bebola mata dengan memandang ke atas, ke bawah dan putarkannya dengan perlahan mengikut arah jam beberapa kali.

Iklan

- Fokuskan pandangan mata terhadap sesuatu benda pegun. Sebagai contoh, menggunakan sebatang pen, dekat dan jauhkan ia beberapa kali untuk mendapatkan fokus yang baik.

- Urutkan dahi. Lakukan ini dengan perlahan-lahan dalam gerakan membulat beberapa kali. Selepas dahi, urutkan juga bahagian kening, bawah mata dan sisi hidung.

- Akhir sekali, sandarkan badan, pejamkan mata, rehat dan relaks selama beberapa minit.

Jagalah kesihatan mata, perlukan ujian berkala

3. Rehat untuk mata
Seperti anggota badan yang lain, badan juga memerlukan rehat. Ia sangat penting terutamanya jika anda merupakan individu yang kerap menghadap komputer setiap hari di pejabat atau di sekolah.

Baca juga 9 Tip Untuk Kulit Wajah Berseri, Cantik Cara Islam

Oleh itu, pastikan korang peruntukan waktu rehat untuk mata yang mencukupi. Alihkan pandangan
sekurang-kurangnya satu jam ke arah pemandangan menenangkan.

Ketika malam, pastikan korang tidur sekitar lapan jam setiap hari.

Selamat mencuba!

Sumber: hellodoktor