PEMAKAIAN kanta lekap adalah salah satu perkara yang merungsingkan bagi sesiapa yang memerlukannya. Kadang-kadang betul, kadang-kadang tak betul.

Ini kerana, kalau salah cara pemakaian kanta lekap ini boleh menjurus kepada masalah mata dan mata kita mesti akan gatal serta merah. Jadi kepada sesiapa yang baru hendak belajar untuk memakai kanta lekap boleh ikut tip ini.

Tip pemakaian kanta lekap yang betul:

1. Sebelum pakai kanta lekap anda kena pastikan tangan anda bersih dan cuci dengan air sabun serta bilas bersih. Kalau rasa pedih apabila sudah pakai, cuci kembali tangan anda kerana mungkin masih ada bulu-bulu degil yg melekat di tangan.

2. Selepas letak kanta lekap dalam mata, titis air kanta lekap (tak kisah jenama apa) khas utk mata.

3. Kebiasaannya kita dengan pemakaian kanta lekap maksimum adalah 8 jam, jadi pastikan selepas 8 jam pemakaian, anda tanggalkan dari mata dan letak kembali di dalam bekas kanta lekap yang berisi air kanta lekap.

4. Jangan sesekali guna air paip kerana air paip berkemungkinan mempunyai bakteria yang boleh membuatkan mata kita dalam keadaan bahaya.

5. Kanta lekap hendaklah sentiasa dicuci. Nak cuci kanta lekap caranya ialah dengan menggunakan air kanta lekap dan bila kanta lekap sebanyak 3 kali.

Iklan

6. Apabila kanta lekap sudah ditanggalkan, jangan biarkan mata anda begitu sahaja, pastikan titis dengan eye glo/ubat mata terlebih dahulu supaya mata tak merah dan kering.

7. Sekiranya anda makan benda yang pedas, jangan sesekali gosok mata mahupun sentuh mata kerana ia akan menyebabkan mata anda pedih.

Iklan

Semoga bermanfaat!

Sumber: Fb Noor Syafika/Unsplash
Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif