Tiram mentah diperah lemon jadi buruan ramai, wanita wajib tahu ini ulasan Dr Zulkifli

TIRAM atau oyster sangat menjadi fenomena musim sekarang. Lihat sahaja di media sosial, ramai yang berkongsi menikmati menu tiram mentah dicicah bersama sos mahupun diperah lemon.

Tiram memiliki peminatnya tersendiri, bahkan ramai yang sanggup beratur panjang demi membeli dan menikmatinya terutamanya kaum wanita.

Lebih menariknya, selain dinikmati mentah, makanan laut itu kini divariasikan dengan pelbagai kaedah masakan seperti bakar, pelbagai sos, tiram keju dan sebagainya.

Dalam Ensiklopedia Dunia dinyatakan, tiram ialah sejenis kerang-kerangan yang terdapat di lautan dan serokan pantai di kawasan beriklim sederhana hingga iklim tropika.

Tiram mempunyai badan yang lembut dan boleh dimakan yang terletak di sebelah dalam dua keping cangkerang keras.

Cangkerang ini biasanya bertepi tajam dan tidak sekata bentuknya. Tiram hidup di dasar laut berdekatan dengan pantai yang airnya tenang dan tidak dalam.

Tiram adalah antara kerang-kerangan yang paling bernilai.

Tiram di Teluk Parsi dan Lautan Pasifik membentuk mutiara yang digunakan sebagai permata. Manusia memakan tiram sejak beribu-ribu tahun dahulu.

Pun begitu, ramai yang masih was-was apakah hukumnya makan tiram yang masih mentah dalam Islam?

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil menjelaskan perkara tersebut dengan begitu terperinci dalam siri #1069 Maktabah al-Bakri.

“Kami mulakan dengan firman ALLAH SWT:

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ

Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut.”[1]

“Syeikh al-Sa‘di menyebutkan, tatkala haiwan buruan itu merangkumi haiwan buruan darat dan lautan, Allah SWT telah mengecualikan bagi kamu — dalam keadaan kamu sedang berihram — haiwan buruan laut iaitu haiwan laut yang hidup dan makanan yang didapati dari laut iaitu haiwan laut yang sudah mati.

“Justeru, perkara itu menunjukkan bahawa bangkai haiwan laut adalah halal. Selain itu, faedah kehalalannya itu adalah bertujuan supaya kamu memanfaatkannya dan begitu juga temanmu yang bersama kamu dalam perjalanan turut memanfaatkannya,[2]” kongsinya.

Baca juga Wanita, awas jika jantung tiba-tiba laju. Ini punca, tindakan perlu buat

Hukum makan tiram secara mentah

Pada asasnya tiram termasuk dalam hidupan air yang halal dimakan tanpa perlu kepada sembelihan. Hal ini kerana ia termasuk dalam keumuman firman ALLAH SWT:

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ

Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut.”[4]

Begitu juga, terdapat riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ، الحِلُّ مَيْتَتُهُ

Maksudnya: “Air laut itu suci lagi menyucikan dan halal bangkainya.”[5]

Terlebih dahulu Imam al-Nawawi ada menyebutkan bahawa sekiranya ditelan ikan yang masih hidup atau ikan yang masih hidup itu dipotong separuh daripadanya, kemudian dimakan. Maka dalam perkara ini, terdapat dua pendapat. Pendapat yang paling sahih ialah makruh dan bukannya haram.[6]

Justeru, kemakruhan tersebut berkemungkinan kembali kepada dua sebab iaitu perbuatan memakannya secara hidup-hidup berkemungkinan menyakiti dan menyeksanya, atau kerana memakannya secara mentah-mentah tanpa dimasak.

Ulas beliau, memakan daging secara mentah telah menjadi khilaf di antara para ulama kepada dua pendapat.

“Pertama, mereka yang berpendapat bahawa hukumnya adalah harus. Kedua, mereka yang berpendapat bahawa hukumnya adalah makruh.

“Pendapat yang memakruhkan ini, di antaranya merupakan pendapat sebahagian ulama Hanbali seperti yang dinukilkan oleh Ibn Muflih dalam kitabnya, al-Adab al-Sya‘riyyah[7] yang menyatakan bahawa makruh makan daging mentah atau yang tidak dimasak.

“Sedangkan pendapat yang kedua yang menyatakan harus pula adalah berdasarkan pendapat al-Mardawi dalam kitabnya al-Insaf[8] yang menukilkan pendapat Imam Ahmad yang mengatakan, tidak mengapa memakan daging yang mentah.

“Pendapat ini adalah pendapat yang rajih kerana tiada nas yang mengharamkannya dan merupakan pendapat yang muktamad dalam mazhab Hanbali.[9] Maka ia menepati kaedah:

الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإِبَاحَةُ

Maksudnya: “Hukum asal pada sesuatu itu adalah harus.”

Selain itu, Imam al-Nawawi juga pernah ditanya mengenai hukum memakan daging mentah dan beliau menjawab dengan menyatakan bahawa hukumnya adalah harus.[10]

Kesimpulan

Sekalipun begitu, perkara ini juga perlu dilihat berdasarkan kesihatan. Dari segi perubatan, pakar kesihatan menyarankan agar makanan mentah hendaklah dimasak bagi mengelakkan keracunan makanan.

Hal ini kerana daging mentah mengandungi bakteria seperti E coli, Listeria monocytogenes dan Campylobacer yang mungkin menyebabkan simptom loya, muntah, cirit birit, demam dan sakit kepala. Bahkan memakan daging mentah boleh mendatangkan bahaya dan penyakit bawaan makanan.

Berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan di atas, kami berpendapat bahawa memakan tiram secara mentah-mentah adalah makruh.

Namun, jika ia boleh memudaratkan kesihatan serta boleh membawa kepada keracunan makanan, maka hukumnya adalah haram.

Baca juga Jumpa wang di tepi jalan, ambil atau biarkan. Ini penjelasan Dr Zulkifli

Firman Allah yang bermaksud, “Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan.[11]

Ayat di atas bermaksud janganlah kamu menyerahkan diri kepada hal-hal yang menyebabkan kebinasaan, akan tetapi lakukanlah untuk diri kamu sebab-sebab yang boleh membawa kepada keselamatan.[12]

Semoga ALLAH SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

4 hours ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

6 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

6 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

8 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

12 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

13 hours ago