RAMADAN sudah tiba di penghujung, Syawal bakal menjelang tidak lama lagi, ramai yang akan berkumpul bersama keluarga. Pun begitu, suami isteri dari Beranang ini pergi buat selama-lamanya dalam kemalangan tragis di Jalan Seremban-Mantin ketika dalam perjalanan mengambil anak-anaknya di Seremban, Negeri Sembilan.

Lebih memilukan, hajat suami isteri, Abdul Halim Mat Rani, 34 dan isterinya Noor Azeana Azreen Hasmadi, 32, untuk beli baju raya buat empat permata hati berumur antara 12 hingga tiga tahun tidak kesampaian.

Baca juga: Sekelip mata terbaring atas jalan raya cerita suami, ini kronologi kejadian maut ragut 9 beranak

Baca juga: Nahas jalan raya ragut banyak nyawa! Ini 5 kemalangan paling tragis 2021

Berikut kronologi kejadian menyayat hati:

1-Pasangan suami isteri berkenaan rentung selepas kereta jenis BMW yang dinaikinya terbakar dalam kejadian jam 10.25 pagi semalam.

2-Bapa Noor Azeana, Hasmadi Ahmad berkata anak sulung daripada lima beradik itu ada menghubunginya sebelum itu dan memaklumkan akan membeli pakaian raya anak-anaknya pada pagi pagi kejadian.

3-Difahamkan, kesemua anaknya ada di rumah di Seremban yang mana mereka dijangka beraya di Rembau tahun ini.

4-Noor Azeana yang mesra disapa Along turut berhajat untuk bergambar bersama adik-beradiknya pada hari raya namun hasrat itu juga tidak kesampaian.

5-Pasangan itu yang bekerja sebagai mekanik dan pembantu kedai makan itu menaiki sebuah kereta jenis BMW dari awah Mantin terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu oleh seorang lelaki umur 36 tahun.

6-Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden, Mat Ghani Lateh berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian pemandu kereta jenis BMW ingin memotong kenderaan di hadapannya sebelum hilang kawalan.

Baca juga: Balik kampung elak memandu waktu-waktu ini, microsleep boleh membunuh!

Baca juga: Sebelum pulang ke kampung, pastikan tidur kena cukup, elak microsleep. Sesaat terlelap boleh bawa padah

7-Kata Mat Ghani, Kenderaan itu kemudiannya terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori jenis Isuzu yang dipandu dari arah bertentangan hingga mengakibatkan kereta tersebut terbakar.

8-Akibatnya, pemandu dan penumpang kereta yang tersepit di dalam kereta rentung dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian manakala pemandu lori mengalami kecederaan ringan luka-luka di bahagian tangan dan kepala.

9-“Kes berkenaan sedang disasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

10- Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta salurkannya dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Nilai, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7904389 atau hubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Nilai, Inspektor Muhammad Farid Danial Azli di talian 012-9122198 bagi membantu siasatan.

12 langkah memotong cara selamat

Pada musim perayaan ini, banyak kenderaan membanjiri jalan raya. Cara memotong salah atau secara dalam bahaya, menjadi penyebab kemalangan.

Justeru, Pengangkutan Jalan (JPJ) berbesar hati berkongsi 12 langkah memotong cara selamat seperti berikut:

a)sebelum memotong anda mestilah mengetahui kelajuan dan keupayaan kenderaan anda.

b)Pastikan anda menilai kelajuan kenderaan yang hendak dipotong dan jyga trafik akan datang dari arah bertentangan.

c)Sentiasa memotong di sebelah kanan.

Iklan

d) Tanyakan pada diri adakah anda perlu memotong?

e)Perhatikan di hadapan.

f)Perhatikan di belakang.

g)Beri isyarat ke kanan.

h)Bergerak ke kanan.

i)Lajukan kenderaan.

j)Tekan hon jika perlu.

i)Bergerak ke kiri.

Iklan

j)Beri isyarat ke kiri.

k)Kembali ke kelajuan asal.

l)Matikan isyarat.

Sumber: JPJ

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!