SEMPENA Tahun Baharu Cina, suasana kemeriahannya sangat terasa berbanding dua tahun lalu ketika kita bergelut dengan pandemic Covid-19.

SinarPlus nak tanya, adakah anda mula rasa ong (tuah) anda sudah tiba? Hah…Barangkali anda bakal menjadi pemenang dalam  Peraduan Hari-HariMau Ong Nestlé Sedia-Untuk-Diminum (RTD) edisi 2022.

Hadiahnya memang best. Jika anda mungkin salah seorang daripada lapan rakyat Malaysia yang betul-betul ONG, anda akan membawa pulang Tin Emas MILO atau NESCAFÉ RTD edisi terhad bersaiz hidup yang bernilai RM40,000 setiap satu!

Hadiah yang ditawarkan sekali seumur hidup itu diperbuat daripada emas 999 seberat +-150gm. Empat orang pemenang Hadiah Utama itu akan diumumkan pada setiap bulan sepanjang tempoh dua bulan peraduan tersebut berlangsung iaitu dari 3 Januari hingga 28 Februari 2022.

Selain itu, pelbagai hadiah lumayan lain turut boleh dimenangi dalam bentuk ganjaran tunai pada setiap dua minggu peraduan berlangsung.

Seramai 40 pemenang akan meraih hadiah tunai RM1,888, manakala 320 orang lagi bakal memenangi wang tunai RM288.

Secara keseluruhannya, 368 pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah dengan nilai keseluruhan mencecah RM487,700; sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 40 peratus dari segi bilangan pemenang berbanding peraduan edisi 2021.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad, April Wong berkata, pihaknya teruja untuk kembali menganjurkan peraduan sempena Tahun Baharu Cina khas untuk para pengguna yang setia.

Berikutan pembukaan ekonomi negara secara beransur-ansur sejak beberapa bulan yang lalu, kami harapkan hadiah-hadiah ini dapat terus menyuntik lagi semangat rakyat Malaysia untuk kembali pulih. Ini merupakan antara inisiatif kami untuk terus menyokong para pengguna kami, selain merakamkan penghargaan atas sokongan orang ramai terhadap Nestlé,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Peraduan Hari-HariMau Ong Nestlé RTD terbuka kepada semua penduduk di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dengan dokumen pengenalan sah. Berikut adalah langkah-langah penyertaan:

Langkah 1: Beli mana-mana produk Nestlé Sedia-Untuk-Diminum (MILO UHT/Tin/Botol, Tin/Botol/Cawan NESCAFÉ, JUST MILK UHT, OMEGA PLUS UHT dan Botol LIVELY TEA) dengan nilai minimum RM6 dalam sekeping resit tunggal di kedai-kedai yang turut serta. Setiap resit layak untuk satu penyertaan sahaja.

Langkah 2: Catat nama dan nombor pengenalan anda di muka depan resit tersebut.

Iklan

Langkah 3: Ambil gambar resit dengan jelas dan hantarkan ke talian WhatsApp 018-388 2921.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.dearnestle.com.my/peraduan-nestle-rtd-hari-harimau-ong.