TULANG lembu kaya dengan kalsium, magnesium, potasium dan fosforus yang dapat menguatkan tulang.

Sudah menjadi lumrah manusia terutamanya wanita suka akan kecantikan.

Jadi, semestinya setiap wanita mengimpikan kulit wajah yang berseri dan sentiasa kelihatan cantik biarpun usia semakin meningkat.

Mana tidaknya, bila seseorang itu kelihatan cantik dan kekal awet muda, ia semestinya akan menaikkan keyakinan diri mereka.

Biarpun kini terdapat pelbagai produk kosmetik yang mampu mempertingkatkan lagi struktur wajah seseorang itu, namun kecantikan semulajadi semestinya tidak dapat ditandingi.

Baca juga Pasti terliur! Hati lembu masak pengantin lazat, mudah dibuat

Sup daging ala Siam ketagih, wajib cuba

Seperti perkongsian Pakar Otak dan Kesihatan, Dr Rizal Abu Bakar, antara rahsia awet muda ialah pastikan kolagen diambil cukup.

Menerusi posting di Facebook miliknya, ujarnya, kolagen ialah sejenis protein. Terbentuk dari tiga amino acid yang mengandungi glycine, hydroxyproline dan proline. Salah satu yang penting ialah glycine.

“Tubuh manusia dewasa keluarkan 3g glycine setiap hari. Tapi tubuh perlukan 15g. Tidak cukup. Apabila glycine cukup kulit jadi cantik, sendi tidak sakit dan radang hilang.

“Pencernaan terjaga, mood, tidur dan kemampuan fikir semakin baik. Untuk tambah glycine dan kolagen perlu ambil dari sumber luar. Kolagen biasanya didapati pada haiwan.

“Tulang, kartilaj, kulit haiwan berikan glycine tambahan yang diperlukan. Contoh paling senang. Sup kaki ayam. 70 peratus kandungan protein dalam kaki ayam. Jadikannya padat kolagen.

“Kolagen kaki ayam tinggi glycine. Sekitar 16% diikuti hydroxyproline 14% dan proline 8%,” kongsinya.

Baca juga Hati-hati dengan bulu kucing, boleh jadi punca masalah kulit. Ini penjelasan pakar

Iklan

air kencing lembu

Selain itu, ujar Dr Rizal, kolagen juga perlu untuk urat dan saluran darah.

“Cara lain ialah melalui bone broth. Lebihan tulang Qurban tu boleh guna. Tulang direbus lama. 48 jam lamanya.

“Ditambah pula sayuran kaya fitonutrien. Sumber kaya prebiotik. Lobak merak, lobak putih, celery, daun bawang, bawang putih dan rempah ratus.

“Selepas 48 jam keluarkan semua biar tinggal broth. Hanya air sup dari rebusan yang diminum. Air sup ini kaya dengan glycine. Kalau disimpan di peti sejuk beku (freezer) mampu bertahan 6 bulan,” ujarnya.

Iklan

Selamat mencuba dan rasai perbezaannya.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.