PASTI terliur sesiapa yang melihat juadah yang sangat popular dan digemari ramai rakyat Malaysia ini.

Hati lembu masak pengantin, seindah namanya, menu yang selalu dihidangkan pada majlis keraian terutamanya majlis perkahwinan.

Pun begitu, hidangan ini boleh disediakan bila-bila masa sahaja tambah lagi musim Hari Raya Aidiladha ini.

Selain ia mengiurkan, hidangan ini amat mudah untuk dibuat. Boleh dijadikan juadah makan tengahari ataupun malam.

Bahan-bahannya;

  • Hati lembu direbus
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Jintan manis
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Lada hitam
  • Ketumbar
  • Kicap
  • Sos tiram
  • Serbuk kunyit
  • Gula
  • Garam
  • Air asam jawa
  • Minyak untuk menumis

Cuba juga Cuci perut lembu, tak perlu kikis sampai putih, nak mudah ikut tip ini

Pasti terliur! Hati lembu masak pengantin lazat, mudah dibuat

Cara membuatnya;

1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, serai, lada hitam, ketumbar dan jintan manis sampai halus.

2. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis dan bunga lawang serta bahan kisar. Goreng hingga separuh garing.
Masukkan hati lembu yang telah direbus.

3. Kacau dan tambahkan sedikit air jika kering. Masukkan serbuk kunyit, air asam jawa. Renihkan seketika.

Iklan

Cuba juga Jamu tetamu dengan hidangan ‘rare’ rendang daging landak. Wanita ini kongsi cara memasak

4. Masukkan kicap, sos tiram, diikuti dengan gula serta sedikit garam jika perlu. Masak sehingga agak pecah minyak. Jika nak berkuah boleh tambahkan air. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, daun sup, cili merah dan cili padi sebagai hiasan. Tutup api. Hias dengan hirisan daun bawang.

Selamat mencuba!

Pemilik resipi tidak dapat memberi sukatan kuantiti bahan yang betul kerana ia mengikut kepada kuantiti bahan utama iaitu hati lembu.

Iklan

Sumber: Fizza Abadie Azmi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.