Tular gambar warga emas bersukan curi perhatian ramai, ini info berkaitan teknologi AI

SEKARANG kita dah selalu dengar tentang AI atau nama penuhnya ‘Artificial Intelligence’ yang mana ia satu teknologi satu cabang sains dalam menjadikan sesuatu benda mempunyai kepintaran seperti manusia. Juga dikenali dalam bahasa ‘Kecerdasan Buatan’.

Seperti baru-baru ini viral beberapa foto memaparkan golongan warga emas bersukan. Hasil potret tersebut dikatakan kreatif dan tampak sangat real.

Foto berkenaan mencuri perhatian ramai. Ia dikatakan menggunakan teknologi AI. Dunia AI sedang bergerak pantas.

Baca juga Spa dari rumah, ini teknologi terbaharu cantikkan kulit tanpa bulu hingga 4 minggu

Pelbagai perkara yang sebelum ini biasanya dilakukan oleh manusia, kini komputer juga mampu untuk menghasilkan perkara yang sama atau lebih baik dengan teknologi tersebut.

Dalam bahasa mudah faham, komputer juga kini mampu untuk menghasilkan sendiri sesuatu perkara sama seperti apa yang manusia mampu buat sebelum ini iaitu menerusi ‘machine learning’. Mereka belajar sendiri, untuk hasilkan perkara tersebut.

Sebagai contoh, kalau dulu manusia mampu melukis watak sebenar adaptasi daripada karton mengikut imaginasi pelukis tersebut. Kini komputer juga mampu menghasilkan watak tersebut mengikut apa yang mereka ‘belajar sendiri’.

Apa itu teknologi AI?

1. Teknologi kecerdasan buatan merupakan salah satu cabang sains dalam menjadikan sesuatu benda mempunyai kepintaran seperti manusia.

2. Antara cabang penting dalam AI ialah pembelajaran mesin (machine learning) iaitu keupayaan mesin yang mampu ‘belajar’ untuk menjadi pintar.

3. Secara konsepnya, mesin yang bakal ‘diajar’ manusia perlu dilengkapkan dengan maklumat yang banyak untuk menjadikannya lebih pintar berbanding mesin lain.

4. Dengan kata lain, mesin akan dilengkapkan dengan ribuan percubaan untuk menyelesaikan sesuatu tugas.

Iklan

5. Di sepanjang proses ini, mesin tersebut akan memahami dan mempelajari konsep untuk menyelesaikan tugas tersebut.

Baca juga Viral video & curhat warga emas di pusat jagaan buat ramai sebak, ingat mak ayah

Gambar yang tular di media sosial.

6. Sebagai contoh, mesin deposit wang yang banyak digunakan untuk memasukkan wang ke akaun bank sebelum ini hanya mampu mengesan wang pada jumlah tertentu.

7. Dengan kecanggihan teknologi terkini, mesin tersebut kini boleh mengesan ketulenan wang yang dimasukkan selepas melalui beberapa fasa ‘tunjuk ajar’ yang dibuat pembangun mesin berkenaan.

Iklan

Teknologi ini masih banyak potensinya dan ia perlu diteroka sebaiknya agar terus memberi manfaat kepada manusia dan juga hidupan lain di bumi ini.

Siapa yang berminat untuk belajar teknologi ini amatlah dialukan belajar, katanya boleh pergi ‘jauh’.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.