BARU-BARU ini tular video insiden pesawat penerbangan milik Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) mengalami masalah penyaman udara hingga menyebabkan penumpang bermandi peluh.

Dalam rakaman tersebut, suasana kabin kelihatan kacau-bilau dengan keadaaan penumpang bermandi peluh dan ibu bapa berusaha menenangkan bayi yang menangis akibat kepanasan.

Dalam pada itu, kelihatan beberapa rakaman video yang memaparkan penumpang mengipas diri masing-masing menggunakan kertas atau buku.

Selain itu, dapat dilihat juga pramugari berusaha menenangkan salah seorang penumpang yang tidak bersetuju mereka perlu berpanasan dalam kabin ketika penyaman udara itu dibaiki.

Justeru itu, Malaysia Airlines mengeluarkan kenyataan memohon maaf berhubung isu penyaman udara pesawat tidak dapat dihidupkan.

Netizen sedih nasib Malaysia Airlines, mahu kerajaan bantu pertahankan

Menerusi satu kenyataan, Malaysia Airlines menjelaskan;

1. Pesawat MH2710 yang mahu bertolak dari Kuala Lumpur ke Sandakan, Sabah itu didapati mengalami isu teknikal ketika enjin pesawat dihidupkan pada Ahad lalu.

2. Pesawat itu juga terpaksa kembali semula ke ruang menunggu (bay) selepas prosedur kali kedua untuk menghidupkan enjin gagal ketika melakukan ‘pushback’.

3. Malaysia Airlines memohon maaf apabila pendingin hawa tidak dapat dihidupkan ketika proses baik pulih dilakukan menyebabkan persekitaran kabin menjadi panas.

4. Susulan insiden itu juga, seorang penumpang memerlukan bantuan perubatan kecemasan.

5. Penumpang kemudian dipindahkan ke pesawat lain yang berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 1.37 tengah hari dan selamat tiba di Sandakan pada pukul 4.30 petang.

6. Pihak Malaysia Airlines kesal dengan kelewatan terbabit dan memohon maaf sekali lagi atas ketidakselesaan sementara yang dialami penumpang.

Baca juga Ramai kecewa balik raya RON95 ‘licin’ di stesen minyak, rupanya ini punca

Sementara itu, ini sedikit info mengenai Malaysia Airlines;

  • Malaysia Airlines Berhad ialah syarikat penerbangan nasional Malaysia yang menawarkan cara terbaik untuk terbang ke, dari dan sekitar Malaysia.
  • Syarikat penerbangan itu menerbangkan 40,000 penumpang setiap hari dalam perjalanan yang tidak dapat dilupakan yang diilhamkan oleh kekayaan pelbagai Malaysia.
  • Malaysia Airlines merangkumi kepelbagaian luar biasa Malaysia, menangkap tradisi, budaya, masakan dan layanan mesranya yang kaya di atas kapal, sambil membuka lebih banyak destinasi Malaysia berbanding syarikat penerbangan lain.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI