TULAR sekeping foto menunjukkan harga susu formula kanak-kanak yang melonjak naik meresahkan ramai.

Umum maklum, kenaikan harga barangan terus menerus menjadi topik bualan akhir-akhir ini.

Jika anda perasan, bermula Jun lalu harga barang keperluan asas di kebanyakan kawasan mula naik. Kalau dulu nasi campur sebungkus RM5 hingga RM7, kini makin naik harganya.

Selain barangan asas, yuran tadika dan taska juga mula naik. Tidak dinafikan memang untuk menampung kos operasi, pihak tadika dan taska terpaksa menaikkan harga perkhidmatan.

Pendek kata semuanya naik harga menyebabkan ‘lari bajet’. Harga barang akan semakin meningkat kerana faktor inflasi. Covid-19 selama dua tahun menyebabkan hiperinflasi berlaku.

Jika mereka yang mempunyai pendapatan stabil pun terasa, apatah lagi bagi yang berpendapatan rendah.

Terbaharu, tular sekeping foto baru-baru ini memaparkan harga susu formula yang telah naik mendadak.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, dia menyatakan rasa risau melihat harga susu itu di sebuah kedai yang semakin mahal.

Baca juga #SiBibirMerah: Kenaikan harga barang menghimpit, bawa bekal, masak sendiri di rumah

Tular susu formula kanak-kanak naik harga, mak-mak ada anak kecil mula risau

Ujarnya, minggu lepas dia membeli susu jenis yang sama pada harga RM22.90 namun kini mendapati harganya meningkat menjadi RM30.15.

Perkara itu turut menjadi keresahan ramai. Sehingga kini posting tersebut mendapat hampir 2,000 komen warga maya yang rata-rata turut terkesan.

Ujar mereka;

“KPDNHEP, tolong siasat harga susu anak-anak, tak kan naik jugak?”

“Semua benda nak naik harga ingat semua orang kaya dalam dunia ni ke macam mana.”

“Rasanya kali ni kena full BF juga… Baru rancang nak ajar botol.”

Iklan

“Memang daa naik daripada bulan lepas, naik semua dah harga barang.”

“Stok berat susu pun dah kurang 50g. Aritu kurangkan jadi 850g. Sebelum ni 1kg.”

“Masya-ALLAH.. takut tengok harga susu anak-anak kita, bertabahla semua.”

Memandangkan harga sebegitu, ada kalangan ibu bapa mencadangkan;

1. Ibu bapa perlu pandai mencari kedai yang masih menawarkan harga susu yang lebih murah.

Iklan

2. Bagi anak yang berusia dua tahun ke atas tidak lagi perlu diberikan susu formula dan makan makanan yang seimbang.

3. Jadi pengguna bijak. Boleh muat naik aplikasi di telefon untuk membuat perbandingan harga untuk membeli secara online.

Moga ada pihak yang berkenaan tampil menyelesaikan isu kenaikan susu formula untuk anak-anak ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.