SEMALAM tular satu rakaman video di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dilanggar sebuah kenderaan.

Menerusi video tersebut kelihatan dua budak termasuk kanak-kanak perempuan itu sedang cuba melintas jalan, namun terhalang beberapa kali kerana kenderaan bertali arus.

Bagaimanapun, kanak-kanak perempuan terbabit terus berlari melintas jalan tanpa menyedari kehadiran kenderaan hingga berlakunya kemalangan.

Walaupun tidak kelihatan insiden tersebut dalam rakaman video, warga maya dapat membayangkan keadaan yang menimpa kanak-kanak itu.

Dimaklumkan kemalangan berkenaan berlaku di Kampung Delek Kanan, Klang, Selangor pada 26 Mei lalu.

Berikut penjelasan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramlilam

Dalam kejadian pukul 5.45 petang, mangsa, Nur Kasih Dalisya Kamarul Azwan berusia lima tahun dilanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Kembara.

SUV itu dipandu seorang wanita berusia 21 tahun dari arah Kampung Delek menghala ke Sungai Udang.

Menurutnya, ketika kejadian wanita terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja di kampung sama.

Mangsa pada mulanya berada di tepi jalan, tetapi tiba-tiba melintas secara melulu.

Kata beliau, keadaan itu menyebabkan pemandu dipercayai tidak sempat mengelak. Lalu, terlanggar mangsa kerana jarak terlalu dekat walaupun telah menekan brek kecemasan.

Tular video kanak-kanak perempuan dirempuh, melintas jalan melulu. Ibu bapa ikut panduan keselamatan ini

Susulan itu mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.

Impak kemalangan kanak-kanak perempuan tersebut mengalami pendarahan pada limpa dan kecederaan usus. Kini dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan pakar.

Shamsul Amar turut mengesahkan pemandu wanita yang bekerja sebagai kerani sudah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Justeru itu, ibu bapa perlu ambil iktibar dengan kejadian sedemikian.

Ya betul, kanak-kanak perlu bermain dan meneroka untuk belajar, tetapi menjaga keselamatan mereka adalah tanggungjawab ibu bapa atau penjaga sepenuhnya.

Tiada salah mereka bermain dengan anak jiran dan rakan lain secara bebas, namun ibu bapa perlu mendidik dan mengajar etika ketika berada di luar bagi memastikan keselamatan terjamin.

Didik supaya sentiasa bergerak dalam kumpulan, peka persekitaran, bagaimana untuk berinteraksi dengan orang tidak dikenali dan keselamatan ketika berada di jalan raya.

Iklan

Selain itu, ibu bapa juga perlu mengalamalkan:

1. Selia anak setiap masa. Kaedah terbaik untuk menjaga keselamatan anak di luar adalah dengan pemantauan dari semasa ke semasa.

Lebih-lebih lagi apabila mereka bermain berhampiran jalan, kawasan berbukit, longkang atau sungai.

2. Jangan biarkan anak kecil bermain di kawasan air tanpa pengasawan. Gunakan pagar terkunci di sekitar kolam renang misalnya, untuk mengelakkan kes lemas. Sekiranya korang berenang selalu jaga agar anak-anak berada dalam jangkauan.

3. Patuhi peraturan keselamatan taman permainan. Taman permainan sangat bagus untuk kanak-kanak, tetapi ia juga boleh menyebabkan kecederaan jika tidak digunakan dengan betul.

4. Pastikan anak kecil menggunakan peralatan keselamatan semasa bersukan. Pakaikan topi keledar semasa menunggang basikal roda tiga, basikal atau skuter.

Sekiranya anak-anak bermain sukan, pastikan korang mendapatkan pelindung keselamatan seperti topi keledar, pelindung lutut atau pelindung pergelangan tangan.

5. Pastikan anak-anak terlindung daripada selaran matahari bagi mengelakkan dehidrasi ketika bermain di luar rumah. Kulit halus mereka juga boleh mengalami kerosakan dek sinaran matahari.

6. Pantau anak kecil korang di sekitar api yang terbuka. Pemanggang barbeku dan api unggun sangat menarik bagi kanak-kanak kecil.

Iklan

Awasi anak dan jaga jarak sekurang-kurangnya tiga kaki dari api atau sumber panas.

Baca juga Diserang anxiety, panik melampau. Amalkan doa ini selepas solat Subuh, Asar

7. Jauhkan anak korang dari jalan raya. Sekiranya tinggal berhampiran jalan raya disarankan memasang pagar di halaman depan.

Segera mendapatkan mereka sekiranya ada cubaan meluru ke jalan raya.

8. Bercakap dengan anak kecil mengenai keselamatan jalan raya. Walaupun mereka belum berkomunikasi dengan jelas sepenuhnya, korang masih berinteraksi mengenai keselamatan di sekitar lalu lintas.

Buat topik mengenai keselamatan setiap kali melintas jalan dengan menggunakan istilah mudah seperti:

“Baiklah, masa untuk melintas! Ingat, sentiasa pegang tangan Mama.”

“Mari kita lihat kedua-dua cara sekarang. Awas kereta!”

“Kami tidak pernah berlari ke jalan.”

Sumber: wikiHow