Uniform, kasut sekolah ketat. KPM saran baju biasa asal kemas, sopan sehingga hujung tahun

SEPERTI yang kita sedia maklum, sesi persekolahan telah dibuka semula secara berperingkat mulai dua minggu lepas.

Sesi pembelajaran bersemuka yang dijadualkan itu juga dibuat secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pembukaan sekolah secara berperingkat tersebut dilaksanakan bagi memastikan pelajar dapat hadir ke sekolah dan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan selamat.

Kementerian Pendidikan (KPM) turut menegaskan, kehadiran pelajar juga mengguna pakai kaedah penggiliran secara mingguan dengan kapasiti sebanyak 50 peratus di dalam kelas.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Namun setelah sekolah dibuka, banyak rungutan ibu bapa yang berhadapan seragam dan kasut anak-anak telah ketat serta pihak sekolah menetapkan murid wajib berpakaian lengkap seragam.

Justeru, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin hari ini memaklumkan pihak sekolah sekali lagi diingatkan agar memberi kelonggaran kepada pelajar yang hadir ke sekolah untuk tidak memakai pakaian seragam sekolah, sebaliknya memadai memakai pakaian kemas dan sopan.

Katanya, perkara itu telahpun dinyatakan sebelum ini, namun masih terdapat rungutan daripada ibu bapa mengenai segelintir guru yang menetapkan syarat untuk pelajar mengenakan pakaian seragam lengkap.

“Jadi saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa pihak kementerian sebelum ini telah nyatakan bahawa untuk tempoh sehingga akhir persekolahan tahun ini, kita benarkan murid-murid memakai pakaian yang bersesuaian serta sopan dan kemas, itu paling penting,” katanya ketika melakukan tinjauan persiapan pembukaan sekolah di Sekolah Kebangsaan Semaseh, Panchor di Muar, Johor hari ini.

Ujarnya lanjut, apabila sekolah mula dibuka mengikut ketetapan fasa di beberapa buah negeri seperti di Klang, Melaka, pihaknya menerima aduan daripada ibu bapa yang menyatakan ada sekolah meminta supaya anak-anak memakai uniform sekolah walaupun ada uniform ketat, kasut dah ketat.

Baca juga 5 info Bantuan Awal Persekolahan 2022, RM150 setiap murid ringankan beban ibu bapa

Beliau berkata pihak sekolah seharusnya memudahkan urusan kehadiran pelajar berikutan kekangan yang dihadapi ibu bapa susulan pembukaan sekolah di waktu pandemik Covid-19 terutamanya kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Jadi korang sebagai ibu bapa, tidak perlu risau akan seragam dan kasut yang sudah tidak muat.

Pakai baju biasa sahaja dan pastikan anak-anak berpakaian sopan dan kemas serta yang paling penting sentiasa ingatkan mereka memakai pelitup muka serta jaga penjarakan fizikal.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

3 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

16 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

20 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

21 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

22 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

1 day ago