Untung jadi anak jati Kedah, ada promosi harga runtuh di Langkawi
PULAU Langkawi, sebuah tempat yang sentiasa dipenuhi pengunjung.
Jika seumur hidup tidak pernah bercuti ke Langkawi, kata orang memang tidak lengkap dipanggil warganegara Malaysia.
Tarikan pelancongan itu bukan hanya terdapat kawasan pantai sahaja, bahkan bukit, hutan, tasik serta darat.
Yang menariknya, ini berita gembira buat anak jati Kedah, kerana diberi promosi tiket kereta kabel dan Underwater World.
Selain itu, untuk korang yang berada di Langkawi, turut mendapat harga murah semurahnya.
Tak lupa juga untuk warga Perlis, promosi untuk korang juga ada, tiket Underwater World Langkawi.
Oleh itu SinarPlus kongsikan serba sedikit suasana di dua tempat tersebut.
Kereta Kabel Langkawi yang menggunakan teknologi yang didatangkan dari Swizerland, tak perlulah risau sampai menggeletar bila menjejakkan kaki ke situ.
Semasa menaiki kereta kabel ini, boleh menikmati pemandangan flora dan fauna di sekitar yang mencakupi hutan belantara, Air Terjun Telaga Tujuh, lautan yang membiru sehinggalah ke kepulauan di Thailand.
Panorama mengujakan ini bukan sahaja dapat dilihat melalui tingkap tapi juga melalui lantai kacanya. Kalau gayat, janganlah tengok bawah.
Laluan kereta kabel ini secara keseluruhannya sejauh 2.2 km dengan aerial atau tali kabel yang bersambung dari Oriental Village di Teluk Burau hinggalah ke puncak Gunung Mat Cincang.
Dengan jarak sebegini jauh, kereta kabel Langkawi merupakan yang terpanjang di dunia.
Masa yang diambil untuk ke puncak adalah dalam sekitar 15 minit.
Manakala Underwater World Langkawi pula adalah salah satu aquaria yang terbesar di rantau Asia.
Beroperasi sejak tahun 1995, Underwater World Langkawi menempatkan banyak zon berbeza yang bersesuaian dengan habitat atau spesies hidupan marin atau air yang wujud.
Antara zon yang terdapat di sini adalah River Ecosystem, Temperate (South American Fur Seal dan African Penguin), Sub-Antarctic (Rockhopper Penguin), Hexagonal Tank (menempatkan ikan jerung), zon Venemous & Poisonous dan banyak lagi.
Menarik kan? Jomlah...
Di sini poster promosi yang dikongsi oleh Nisha Laura.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang