PELAKSANAAN PKP 3.0 di negara kita memberi kebaikan dalam beberapa aspek. Antaranya, semakin ramai yang menggunakan aplikasi TikTok untuk berkongsi tip berguna untuk dimanfaatkan.

Dari membersihkan bekas plastik hingga menghilangkan kotoran dari kasut putih. Pada awalnya ia kelihatan sukar namun ada teknik dan bahan tertentu yang memudahkan.

Berikut adalah beberapa alat pembersih paling menakjubkan yang kini tular di TikTok. Dan percayalah, korang pasti ingin mencubanya setelah menonton video ini.

1. Mencuci bekas makanan plastik

@adikempler

This hack has saved so many of my Tupperware friends. Try it!!!! #fyp #cookingvideos #cookinghacks #lifehacks #hacks #stainremover #foryou #foryoupage

♬ original sound – adikempler

Perkara yang paling menjengkelkan apabila mencuci pinggan ialah terpaksa mencuci bekas plastik berminyak. Ini adalah salah satu tugas rumah yang selalu kita tangguhkan untuk melakukannya kerana memerlukan masa yang lama, namun kesan minyak masih tidak hilang sepenuhnya.

Namun, melalui panduan daripada video pengguna TikTok @adikempler ini kita boleh mencucinya dengan mudah.

Langkah 1: Isi bekas dengan sabun cuci pinggan, air dan satu tuala kertas.
Langkah 2: Tutup bekas denganpenutup dan goncangkannya selama satu minit.
Langkah 3: Bilas dengan air bersih dan hasilnya tidak ada kesan berminyak pada bekas tersebut.

2. Menyapu sampah

@tiktok_malaysia

How to deal with home dust~ #lifehacks #globalfeaturedvideos

♬ bunyi asal – Tik Tok Malaysia – TikTok Malaysia

Korang mengalami masalah menanggalkan helai rambut dan debu pada penyapu? Jika ya, kamu tidak keseorangan.

Namun usah risau. Ikuti tip penyapu daripada pengguna @tiktok_malaysia ini yang menunjukkan dua cara mudah untuk menyapu tanpa sakit kepala untuk membuang kotoran.

Langkah 1: Lekatkan pita pelekat di tepi penyapu untuk mengumpulkan habuk atau bungkusnya dengan plastik agar mudah menyapu.
Langkah 2: Tanggalkan pita atau plastik dan kerja korang selesai!

3. Hilangkan kesan lekuk pada permaidani

https://www.tiktok.com/@erica.burkhardt/video/6807117130543156486?_d=secCgYIASAHKAESMgows06PkDxjbHN9t%2F7rEDLGleFhpfhupSxXbK40REQ0BM8qV7cHxdkmn8Tnkl21PFEmGgA%3D&language=en&mid=6807113075779554053&preview_pb=0&region=MY&share_app_id=1180&share_item_id=6807117130543156486&share_link_id=B04768B9-11FA-4551-A41F-016587C2BD3C&source=h5_t&timestamp=1623222359&tt_from=copy&u_code=0&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6903510649222972929

Jika kita menukar kedudukan atau susun atur perabot dalam rumah, mesti kesan lekuk kecil kaki perabot akan wujud pada permaidani. Ia pasti bukan pemandangan yang ingini. Sebelum berputus asa membuang permaidani itu, ketahjui tip ini untuk melihat bagaimana pengguna TikTok @ erica.burkhardt ini.

Langkah 1: Gosokkan ais di permukaan permaidani itu.
Langkah 2: Kemudian gunakan pengering rambut untuk mengembalikannya gebu permaidani yang asal.

4. Mencuci jalur tingkap 

Iklan
@heeeyol

♬ Laxed – Jawsh 685

Bila kali terakhir korang cuci jalur tingkap rumah? sekiranya ia dipenuhi dengan habuk dan kotoran, cuci sekarang dengan cuma tenik dari @heeeyol ini

Langkah 1: Dapatkan span dapur dan letakkan sejajar dengan trek tingkap.

Langkah 2: Gunakan pen marker dan tandakan di mana setiap rel berada pada span.

Langkah 3: Menggunakan pisau, potong di tempat yang telah anda tandakan, tetapi jangan sampai habis.

Langkah 4: Basahkan span dengan air sabun dan luncurkan span di sepanjang trek.

Iklan

5. Kotoran pada kasut putih

@taylorobri

easiest way to clean any white shoes. literally take 5 minutes #foryou #clean #vans #white

♬ Old Town Road (feat. Billy Ray Cyrus) (Remix) – Lil Nas X

Bagi korang yang memiliki sepasang kasut, memastikan ia tetap bersih dan putih adalah satu cabaran yang sukar. Oleh kerana korang tidak akan sering keluar dalam tempoh PKP ini, luangkan masa untuk membersihkan kasut dan menjadikannya seperti kasut baru!

Langkah 1: Sediakan hidrogen peroksida, baking soda dan air.
Langkah 2: Campurkannya sehingga sebati menggunakan berus gigi lama
Langkah 3: Kemudian mula menggosok bahan ini pada kasut korang. Kekotoran akan hilang dan ia kelihatan putih seperti baru.

Mudah saja bukan? Harap dengan petua-petua ini lebih memudahkan tugasan harian korang.
Alang-alang kebanyakan antara kita sedang duduk di rumah kini, bolehlah membuat aktiviti mencuci rumah bersama anggota keluarga yang lain.

Sumber: Tiktok