UMUM mengetahui pesakit Covid-19 perlu mengasingkan diri bagi mengelakkan penyebaran virus.

Bagaimanapun tular di laman sosial TikTok video yang memaparkan individu dipercayai jurulatih kecergasan bertindak melakukan larian atau jogging selepas dua hari disahkan positif Covid-19.

Menerusi tinjauan SinarPlus, individu terbabit melakukan aktiviti kecergasan di kawasan lapang dan terpencil daripada individu lain.

Menurutnya, ketika melakukan larian, tiada sebarang kesan buruk terhadap prestasi staminanya.

“Saya positif tetapi jalankan aktiviti sukan di kawasan sunyi,” katanya.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah ujian kendiri yang yang dilakukan selepas bersenam mendapati dirinya negatif.

Perkara tersebut mendapat perhatian Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah menerusi laman sosial Twitter menyelar teori yang mendakwa berlari sejauh 10 kilometer (km) mampu ‘menghilangkan’ Covid-19.

Baca juga: Covid-19: Virus boleh merebak melalui udara. Berikut 6 perkara penting yang wajib kita tahu

Menurutnya, dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan ‘mengarut’ sebaliknya perkara yang perlu dilakukan seorang pesakit Covid-19 ialah mengasingkan diri dan kuarantin.

“Sudah kenapa pergi berlari 10km di luar? Nak sebarkan virus anda kepada orang lain?

“Ada juga ya manusia macam ini. Pendapat saya, elok ditangkap saja,” katanya.

Dr Rafidah menerangkan bahawa ujian pengesanan Covid-19 menggunakan kit ujian pantas (RTK) adalah ujian saringan dan jika ujian tindak balas berantai polimerase (polymerase chain reaction – PCR) masih lagi positif, jangkitan virus itu tidak hilang.

Iklan

Baca juga: Risau Buat Calitan Hidung Ketika ‘Swab Test’ Di Rumah? Doktor Ini Tunjuk Cara Betul

“Bagus buat ujian berkala tetapi negatif tidak bermaksud anda tiada ya,” titipnya. Malah kata Dr Rafidah, jangkitan itu mempunyai risiko memberikan kesan kepada jantung dan menyarankan tip kuarantin.

“Kalau anda ada jangkitan Covid-19, ada risiko serangan jantung. Rehat, kekal hidrasi dan makan makanan sihat. Is that too difficult to ask?

Iklan

“Bukan pergi berlari jarak jauh. Tunggu-tunggulah dahulu,” katanya.

Diharapkan pesakit Covid-19 sama ada tidak bergejala atau bergejala ringan kekal melakukan pengasingan diri bagi mengelakkan penyebaran virus.

Baca juga: Bermula 1 Mac, ini SOP terkini kontak rapat Covid-19

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI