CABARAN buat semua ibu hamil apabila perlu membawa kandungan selama sembilan bulan pastinya mempunyai jalan cerita pahit manis tersendiri.

Apatah lagi tatkala menghitung hari untuk melalui detik-detik bersalin.

Hakikatnya, pada masa itu, peranan seorang suami adalah watak utama dalam memberi sokongan moral sehingga anak selamat dilahirkan.

Namun demikian, percaya atau tidak, ada sesetengah lelaki yang memohon untuk melakukan daddy stitch.

Apa itu daddy stitch?

Menjawab kepada persoalan itu, seorang pakar perubatan yang dikenali sebagai Dr Sandra Raman di TikTok miliknya memaklumkan, tindakan itu memerlukan doktor atau bidan untuk melebihkan jahitan pada bahagian ‘miss V’ isteri yang terkoyak selepas proses kelahiran normal dilakukan.

Pastinya, tindakan itu kedengaran sangat mementingkan diri!

Mengulas lanjut mengenai hal tersebut, Dr Sandra berkata, tujuan daddy stitch untuk kepuasan suami isteri ketika mereka ‘bersama’.

Andaian si suami bahawa bahagian ‘bawah’ itu akan ketat semula dan lebih ‘syok’ ketika melakukan hubungan seks.

“Namun, impak besar kepada prosedur terbabit akan membuatkan si isteri merasa terseksa malah berisiko mengalami pendarahan,” ujar beliau.

Bukan itu sahaja, dedah Dr Sandra lagi, terdapat sesetengah kes yang hanya diketahui kesahihannya selepas si isteri membuat pemeriksaan lanjut akibat rasa sangat perit dan sakit.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Ada kes yang sudah bertahun-tahun lamanya, baru isteri sedar. Ia sangat memalukan,” ujarnya.

Iklan
@drsandramdReply to @nurrul67 please let’s protect women! suami2 tolong la jgn buat camni! say No to husband’s stitch #drsandramd #healthcheck #husbandstitch♬ original sound – Sandra Raman MD

Sebenarnya, maklum pakar perubatan itu, prosedur berkenaan tidak boleh dibuat sama sekali.

Pun demikian, meskipun tindakan itu boleh dikatakan salah, ternyata terdapat sesetengah kaum Adam yang membuat permintaan sedemikian rupa.

Baca juga: Kita hanya dapat mengenang sahaja, dia tidak akan kembali lagi – Raissuddin

Iklan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi pelbagai kepada pendedahan oleh Dr Sandra itu.

Lebih menyedihkan, memang ada yang berkongsi pengalaman mendapat jahitan lebih gara-gara nafsu semata-mata.

Jangan lupa follow kami di Instagram!