BARU-BARU ini tular satu rakaman video melihat orang ramai sedang menunaikan solat Jumaat di kawasan luar masjid gara-gara kapasiti masjid terpaksa dihadkan disebabkan perlu menjaga jarak sosial dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan Covid-19.

Rakaman video berdurasi 26 saat menunjukkan orang ramai mengikuti solat Jumaat dari luar kawasan masjid termasuk di seberang jalan dan hentian bas.

Melihat kepada situasi tersebut pelbagai persoalan dan kemyuskilan timbul dalam kalangan orang ramai. Apakah sah solat tersebut dan adakah kita perlu mengikuti jarak-jarak yang tertentu untuk melakukan solat Jemaah.

Video tular jemaah solat Jumaat dari hentian bas, ini penjelasan Mufti

Memetik laporan media tempatan, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan, orang ramai diminta memastikan mereka berada dalam posisi sah solat Jumaat jika mahu menunaikan solat itu di luar kawasan masjid.

Menurut Mohamad Shukri, terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui oleh orang ramai jika ingin berjemaah di luar masjid. Antaranya adalah seperti :

  • Jemaah mesti solat tidak lebih 300 hasta dari tempat makmum paling belakang dalam masjid.
  • Walaupun solat dari seberang jalan masjid, tetapi jarak masih dalam jarak 300 hasta maka dibolehkan lagi.
  • Pagar masjid mesti tidak berkunci.
  • Jika tidak nampak imam, jemaah perlu nampak jelas makmum terakhir dan mampu untuk ikut dan tahu pergerakan solat mengikut imam.
  • Berdasarkan kiraan, satu hasta bersamaan 45 sentimeter maka 300 hasta mendekati jarak

Mohamad Shukri menambah, beliau berpandangan tidak perlu satu fatwa dikeluarkan berhubung perkara itu kerana arahan pemerintah mengenai solat Jumaat adalah jelas.

Kata beliau, pemerintah telah mengeluarkan arahan kapasiti jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid pada waktu pandemik Covid-19.

Jelasnya, walaupun niat mahu menunaikan solat Jumaat baik, tetapi umat Islam perlu patuh kepada maslahat bagi memutuskan rantaian wabak itu dan tidak memudaratkan orang lain.

Iklan

Tambahan pula kita kini dalam situasi darurat maka amalan kebiasaan kita seperti sebelum ini tidak akan sama dalam waktu aman.

Sifirnya juga cukup mudah, jika masjid sudah lebih kapasiti, maka tunaikan solat Zuhur. Islam itu mudah dan tidak perlu dirumitkan.

Iklan

“Solat Jumaat wajib, tetapi apabila bertembung dengan isu kemudaratan, maka maslahat menjaga nyawa perlu diutamakan,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun jemaah perlu saling bertolak ansur kerana hanya jumlah tertentu dibenarkan selain SOP yang ketat termasuk pemantuan pihak berkuasa masjid dengan bantuan pihak polis.

Jika tidak mahu bersesak atau terlepas solat Jumaat berjemaah, datanglah awal ke masjid yer!