[VIDEO]KJ kongsi 5 kelonggaran SOP Covid-19 bermula Mac

KJ
KJ
A
A
A

SETELAH lebih dua tahun negara bergelumang pandemik Covid-19, kini sedikit demi sedikit standard operating procedure (SOP) dilonggarkan.

Terbaru, kerajaan kini memberi beberapa kelonggaran kepada masyarakat.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ), kelonggaran tersebut adalah yang telah diputuskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi perkongsian video di laman TikTok miliknya, beliau kongsikan lima SOP yang dijalankan bermula Mac 2022.

1. Kontak rapat tidak bergejala.

Bagi individu yang telah menerima dos penggalak (booster) dan tidak bergejala tidak perlu mengasingkan diri atau kuarantin.

Tetapi jika ada simptom atau gejala, terus asingkan diri dan lakukan ujian kendiri.

Baca juga Kontak Kasual kes positif, MySejahtera tidak lagi bertukar kuning, berikut 5 info perlu tahu

2. Kontak Kasual melalui MySejahtera.

Kontak Kasual melalui MySejahtera Trace atau check-in, status risiko korang tidak lagi bertukar kepada warna kuning.

Korang hanya akan terima satu notifikasi pesanan menerusi aplikasi MySejahtera hanya untuk perhatikan simtom dan gejala.

vaksin kanak-kanak

3. Tiada lagi ujian Covid-19 harian bagi pengembara yang tiba di Malaysia.

Pengembara dari luar negara yang tiba ke Malaysia yang tiba ke tanah air melalui Vaccinated Travel Lane (VTL)dari Singapura atau Langkawi International Travel Bubble (LITB) juga kepada pengembara business yang datang melalui One Stop Centre (OSC).

Mereka tidak lagi perlu menjalani ujian Covid-19 secara harian selama tempoh lima atau enam hari.

Sama juga bagi mereka yang datang daripada United Kingdom, tidak perlu menjalani ujian Covid-19 secara harian tetapi mereka tetapi wajib menjalani ujian PCR sebelum berlepas dan apabila tiba di Malaysia.

Baca juga Muktamad! Penerima Sinovac tidak booster selepas 31 Mac, status vaksinasi bertukar tak lengkap

4. Mac bulan terakhir penerima Sinovac untuk booster.

Bulan Mac adalah bulan terakhir penerima vaksin Sinovac dan warga emas 60 tahun ke atas untuk mengambil dos penggalak mereka.

Bermula 1 April ini, mereka yang tidak mengambil booster, status lengkap vaksinasi yang berwarna kuning akan bertukar menjadi putih bermaksud tidak lengkap vaksin.

Jadi kepada yang belum berbuat demikian, segera mendapatkan suntikan booster tersebut.

5. Vaksin kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Buat ibu bapa yang belum mendapatkan vaksin anak berusia lima hingga 11 tahun, boleh walk-in di pusat pemberian vaksin (PPV) Mega di Lembah Klang.

Boleh sahaja walk-in di mana-mana pusat pemberian vaksin seperti Axiata Arena, IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam atau di World Trade Centre Kuala Lumpur.

Pesan KJ, dapatkan booster, dapatkan pakej untuk anak-anak korang dan terus patuhi SOP supaya kita boleh menikmati lebih banyak kelonggaran.

Semoga bermanfaat!

@khairykj Beberapa kelonggaran SOP bermula Mac ini. #fyp#kkm♬ Grammarg - BLVKSHP

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca