Virus Covid-19 tidak merebak melalui susu ibu, doktor dedah cara penyusuan

No Image Caption
A
A
A

SEMUA ibu mahukan yang terbaik buat bayi mereka termasuklah dengan memberikan susu ibu seberapa lama yang mungkin.

Ini kerana susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Ia kaya dengan segala nutrien semula jadi bagi si bayi untuk tumbesaran.

Namun, pada musim wabak Covid-19 ini, tiada siapa yang terkecuali untuk dijangkiti.

Bagaimana nasib bayi jika si ibu disahkan terkena jangkitan Covid-19, adakah boleh meneruskan proses penyusuan?

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurut Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang, virus jahat itu tidak merebak melalui susu ibu.

Ibu-ibu yang disahkan positif Covid-19 boleh amalkan cara penyusuan ini;

1. Memakai pelitup muka setiap masa terutama sewaktu menyusukan bayi.

2. Mengamalkan kebersihan tangan sebelum dan selepas bersentuhan dengan bayi termasuk ketika penyusuan.

3. Tutup mulut dan hidung dengan tisu sewaktu batuk atau bersin dan basuh tangan selepas itu dengan segera.

Dr Ahmad Samhan Awang

4. Kurangkan sentuhan fizikal dengan bayi. Pegang bayi hanya untuk penyusuan sahaja.

Baca juga Hamil pada lewat usia, ini risiko kesihatan yang perlu ibu dan bayi tanggung

5. Jaga penjarakan fizikal dengan bayi sewaktu tidak menyusu.

6. Pastikan pengudaraan bilik baik dan elakkan bilik berhawa dingin.

7. Pembersihan rutin dan disenfeksi permukaan yang disentuh ibu.

Semoga bermanfaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca