PENGGUNAAN car seat atau kerusi keselamatan kanak-kanak atau Child Restraint Systems (CRS) memang bagus untuk menjamin keselamatan mereka dalam perjalanan ketika di dalam kenderaan.

Ia menjadi barangan perlu dimiliki setiap keluarga yang mempunyai anak kecil berusia 12 tahun.

Kerusi keselamatan kanak-kanak penting memandangkan si kecil terutama bayi mudah terdedah kepada kecederaan serius kerana mempunyai otot bahagian tengkuk yang lemah berbanding orang dewasa.

Berita baik kepada golongan ibu bapa kerana Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) melancarkan program insentif kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS) kepada golongan B40 dan M40 yang menyediakan subsidi sehingga RM150 bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak.

Baca juga: Panjang umur, anak kecil tercicir atas jalan, jatuh dari kereta ibu buat ramai seriau

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Berikut 10 info berkaitan syarat kelayakan dan cara memohonnya:

1-Siapakah yang layak untuk menerima insentif MyCRS 2023?
a) Isi rumah kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40.
b) Mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun termasuk ibu yang sedang mengandung.
c) Warganegara yang menetap di Malaysia.

2-Anda boleh menyemak kelayakan bagi insentif MyCRS 2023 melalui laman sesawang MyCRS MIROS www.mycrs.gov.my bermula 19 Jun 2023 sehingga 30 September 2023.

3-Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 19 Jun 2023.

4-Anda yang layak boleh menebus insentif ini dengan membuat pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti yang tersenarai di laman sesawang MyCRS (www.mycrs.gov.my).

Baca juga: Bayi perempuan maut terjatuh bangunan, gara-gara tingkap tanpa jeriji. Berikut 10 tip keselamatan di rumah

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

5-Bagi individu yang belum pernah memohon, mereka boleh membuat permohonan baharu di laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023.

6-Antara dokumen yang perlu dibawa semasa membuat penebusan adalah seperti berikut:

a) Salinan MyKad pemohon; DAN

b) MyKid/ Sijil lahir untuk anak yang berusia kurang daripada 12 tahun; ATAU

c) Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung atau Buku Pink (untuk anak yang masih dalam kandungan)

7-Jumlah insentif yang diberikan di bawah program ini adalah maksimum sehingga RM150.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

8-Ini bermakna, kerusi keselamatan kanak-kanak yang berharga RM150 dan ke bawah boleh dibeli secara percuma, manakala bagi yang berharga RM150 dan ke atas, bayaran tambahan perlu dibuat oleh penerima insentif.

9-Hanya satu kerusi keselamatan kanak-kanak diperuntukkan bawah program insentif ini untuk satu isi rumah.

10-Tempoh penebusan adalah sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan RM12 juta habis ditebus.

Iklan

Baca juga: #SiBibirMerah: Awasi anak di bangunan tinggi, elak kemalangan terjatuh berulang

 

Pada Januari 2020, kerajaan sebelum ini telah mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak ke atas kenderaan persendirian bagi mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini sekiranya terjadi kemalangan.

Undang-undang di Malaysia menyatakan kerusi keselamatan kanak-kanak perlu mematuhi standard United Nation Regulation (UNR).

IA TERMASUK R44 atau R129 dan kriteria anak-kanak ialah yang mempunyai berat kurang 36 kg, atau ketinggian kurang 136 cm atau berumur kurang 12 tahun.

Sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari tahun 2007 hingga 2017.

Ayuh kepada yang layak, jangan lupa memohon demi keselamatan si kecil tersayang.

Iklan

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Berita baik! Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga bakal dikreditkan sebelum Aidiladha, 5 info penting

Foto utama: Freepik 1, 2

Sumber: MIROS

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi