Wanita maut terjatuh, tergelincir ketika rakam foto, ini kronologi kejadian
MERAKAM foto atau selfie menjadi perkara biasa terutamanya bagi generasi muda yang tak pernah lekang menggunakan media sosial.
Mengambil gambar dan berselfie bukanlah satu perkara asing, malah ia pemandangan biasa yang kita boleh lihat terutamana di acara keramaian, tempat menarik mahupun di mana-mana sahaja.Jangan lupa follow kami di Instagram.
Bagaimanapun tabiat tersebut jika tersilap langkah boleh mengundang bahaya sekali gus meragut nyawa.
Seperti yang terjadi di Johor Bahru baru-baru ini, seorang wanita maut ketika sedang merakam gambar berlatarbelakangkan pemandangan indah di Tasik Biru Kangkar Pulai atau Blue Lagoon.
Portal tempatan melaporkan, hasratnya tidak kesampaian dan mengundang padah apabila mangsa maut selepas terjatuh dari tebing tasik pada ketinggian 23 meter.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Penguasa Bomba Mohd Riduan Akhyar, berikut kronologi kejadian;
1. Pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.06 petang semalam.
2. Sebuah fire rescue tender (FRT) bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan pikap dengan kekuatan 11 anggota diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Suraini Adnan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai ke tempat kejadian.
3. Siasatan mendapati seorang wanita, V Aruna, 25, terjatuh akibat tergelincir.
4. Suami mangsa memaklumkan kejadian berlaku ketika mangsa cuba merakam gambar pemandangan tasik biru berkenaan. Suami mangsa difahamkan bersamanya ketika melakukan aktiviti mendaki.
5. Anggota bomba menemui mangsa di sekitar kawasan anak sungai dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
6. Mangsa diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 5.08 minit.
Sementara itu, ini sedikit info berkaitan Tasik Biru Kangkar Pulai;
1. Difahamkan tasik yang terletak bersebelahan kuari ini adalah kawasan larangan namun menjadi tarikan bagi aktiviti mendaki.
2. Tasik Biru Kangkar Pulai terletak kira-kira 45 minit pemanduan dari Johor Bahru.
3. Pendakian agak singkat dan mudah, hanya mendaki pantas selama 10 minit (jarak kurang daripada 500m) ke titik pandangan pertama dan boleh meneruskan untuk mendaki lebih jauh di sekitar lagun untuk melihat pemandangan yang berbeza!
4. Pendakian boleh dilakukan oleh kanak-kanak kerana ia tidak terlalu mencabar. Jejak adalah lurus dan ditanda dengan baik.
5. Walau bagaimanapun, berhati-hati jika ingin mengambil gambar lebih dekat ke pinggir tasik kerana tanah di sekeliling tebing boleh menjadi gembur!
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang