WANITA dilabel pandai berdikari jika berkebolehan memandu kereta dan boleh menguruskan apa jua keadaaan ketika berlaku kecemasan dan sebagainya.

Rata-rata sekarang perempuan boleh memandu tak kira anak dara, wanita yang dah berkahwin ataupun warga emas. Namun sebahagiannya masih ada yang bergantung bantuan orang lain.

Mungkin mereka mempunyai alasan tersendiri dan tertentu, akan tetapi setiap wanita dilihat wajib pandai memamdu kereta kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Seperti yang dikongsikan seorang wanita dikenali Nofa Dheealofa ini yang mana mengatakan wanita perlu pandai bawa kereta untuk kegunaan terutamanya dalam waktu terdesak.

“Wanita, tak kaya tak apa, tak pandai tak apa, tak banyak duit tak apa, tak pandai masak tak apa dan segala benda tak pun tak apa, cuma satu je yang ‘tak’ boleh ada ‘tak’…

“Anda tak boleh – TAK PANDAI BAWAK KERETA, Anda – WAJIB PANDAI BAWAK KERETA.

“Jika masa depan hari berlaku sesuatu dalam hidup anda dan perlu memulakan kehidupan semula, perkara pertama adalah anda kena pandai MEMANDU.

“Kalau anda tak pandai memandu, memang hidup anda 360° akan bertambah susah. Tolong belajar untuk memandu. Belajar memandu, jangan harap orang bawak kita je.

“Nanti bila kita pandai memandu, dari takde duit kita akan ada duit sebab kita boleh keluar cari kerja. Anak-anak nak ke sekolah, nak pergi klinik semua kita selesaikan sendiri,” ujarnya.

Tegasnya lagi, wanita yang pandai bawa kereta tak perlu lagi bergantung pada suami.

“Sekurang-kurangnya seorang wanita kena tahu bawak kereta. Sekarang mungkin kita selesa bergantung pada suami, keluarga dan sesiapa sahaja tapi tolonglah letak dalam pemikiran, itu semua sementara sahaja.

“Sampai bila nak bergantung atau sampai bila apa-apa ajelah. Sekurang-kurangnya wanita, sekurang-kurangnya…anda mesti belajar memandu. Demi diri sendiri,” katanya.

Baca juga Isteri tinggi suara, moody itu tandanya penat, sanggup pendam sahaja tak mahu suami serabut

Sementara itu, wanita juga perlu tahu 10 perkara penting ini;

1. Jaga kereta dan kereta akan menjaga anda

Sesebuah kereta yang tidak diselenggara dengan baik akan menyusahkan anda satu hari nanti.

Pastikan anda mengikut saranan yang diberikan oleh pengeluar kenderaan terutamanya dalam penyelenggaraan kenderaan.

Pastikan anda mengikuti jadual servis yang ditetapkan. Ini penting bagi memastikan kereta anda tidak rosak di tempat-tempat yang terpencil seorang diri.

2. Lakukan pemeriksaan ringkas

Gunakan masa yang ada sebelum perjalanan untuk memeriksa POWER kereta anda. Apa benda POWER ni? Ia merupakan singkatan dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada:

  • Petrol (Bahan api) – sudahkan anda mempunyai petrol yang secukupnya dan jika tidak, di mana anda merancang untuk mengisi petrol?
  • Oil (Minyak enjin) – periksa minyak enjin kereta anda untuk memastikan ia berada dalam keadaan secukupnya, jika kurang maknanya ada kebocoran dan perlu diperbaiki terlebih dahulu.
  • Water (Air) – periksa dan tambah air di dalam radiator dan tangki air pengelap cermin jika perlu.
  • Electrics (sistem elektrik) – periksa semua lampu, termasuklah yang paling penting iaitu lampu brek dan isyarat membelok (anda perlu meminta bantuan kawan untuk menguji semua lampu di bahagian luar).
  • Rubber (Tayar) – pastikan tayar masih dalam keadaan baik dan mempunyai tekanan yang betul. Satu lagi ialah getah pengelap cermin anda, jika sudah terlalu keras tukarkan sahaja. Ia cukup penting terutama pada musim tengkujuh.

Ia mungkin nampak seperti rumit tetapi kesemua langkah di atas sebenarnya tidak memakan masa yang lama.

3. Rancang perjalanan

Untuk perjalanan yang jauh dan berisiko (contohnya tempat-tempat terpencil, tempat yang tidak biasa dikunjungi, ataupun mempunyai cuaca yang tidak menentu), pastikan anda memaklumkan kepada sesiapa laluan yang akan anda ambil. Ini memudahkan mereka mencari anda jika anda keperluan ataupun kecemasan.

4. Sentiasa berhubung

Sentiasa berhubung dengan keluarga ataupun sahabat anda di satu-satu lokasi dalam perjalanan anda. Maklumkan juga jika anda mengalami kelewatan ataupun mengalami masalah.

Paling penting pastikan bateri telefon dicaj secukupnya.

5. Pandu dalam keadaan berjaga-jaga

Jika menghampiri keadaan ataupun situasi yang agak merbahaya (peragut biasanya bertindak sewaktu berhenti contohnya ketika lampu isyarat merah), sentiasa rancang laluan untuk memecut lari.

Jangan berada terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan. Jika diancam oleh pemandu lain ataupun pembuli jalan raya, gunakan jari anda untuk menulis nombor pendaftaran kenderaan mereka pada cermin tingkap kereta anda.

Iklan

Anda boleh membacanya kemudian dengan menghembuskan nafas pada bahagian yang anda tulis tadi. Jika ingin bertanyakan sesuatu kepada pejalan kaki, buka tingkap secukupnya sahaja. Jangan buka seluas-luasnya.

Baca juga Jangan guna telefon bimbit ketika ribut petir, bahaya! Ini yang perlu wanita tahu

6. Jika kenderaan rosak?

Jangan cuba membaiki kerosakan sendirian kerana ini mendedahkan anda kepada bahaya. Buat panggilan untuk bantuan daripada panel bengkel ataupun sesiapa yang anda kenal. Jangan cepat menerima bantuan daripada sesiapa yang tidak dikenali.

Ramai yang jujur tetapi ada juga yang cuba mengambil kesempatan. Tunggu sehingga bantuan yang anda panggil tiba. Sewaktu menunggu ada baiknya anda duduk di tempat penumpang. Ini memberi gambaran yang anda mempunyai teman yang memandu kepada sesiapa yang memerhatikan.

Tetapi jika di lebuh raya jangan menunggu di dalam kenderaan kerana risiko dilanggar kenderaan lain cukup tinggi.

7. Pilih tempat pakir yang sesuai

Pastikan tempat anda pakir kenderaan anda tidak terlalu tersorok atau sunyi. Pencahayaan juga mesti cukup baik. CCTV merupakan satu bonus. Berhati-hati dengan barangan di dalam kereta anda dan jangan sesekali meninggalkan barangan berharga di dalam kereta.

Pemandu wanita biasanya mempunyai hiasan dengan cita rasa wanita, kalau boleh elakkan kerana ini juga menarik perhatian mereka yang tidak sepatutnya. Cuba letak stiker gambar Abdul Rani Kulup misalnya.

8. Berhari-hati dengan persekitaran

Iklan

Sewaktu menghampiri kenderaan anda pastikan kunci sudah berada ditangan. Jangan terhegeh-hegeh mencari kunci sewaktu berada di tepi kereta. Perhatikan juga sesiapa yang ada berdekatan. Perhatikan juga kereta anda sama ada ia dalam keadaan normal.

Jika terasa ada sesuatu yang tidak kena ataupun berasa tidak sedap hati. Segera beredar dan dapatkan bantuan sesiapa yang anda percayai contohnya pegawai polis ataupun pengawal keselamatan.

9. Elakkan provokasi

Sikap pemandu biasanya berubah sebaik memegang stereng. Jaga kelakuan di atas jalan raya. Jika ada pemandu yang membuat provokasi, catatkan saja nombor pendaftaran mereka seperti cara di atas dan buat laporan polis.

Jangan membalas balik provokasi mereka kerana ia mungkin menimbulkan masalah. Ingat keselamatan diri lagi penting dari mempertahankan ego.

10. Jangan panik

Serangan ke atas pemandu wanita sebenarnya tidaklah kerap berlaku dan anda tidak perlu paranoid tetapi persediaan yang anda lakukan mampu menyelamatkan dalam keadaan tertentu.

Sumber: mekanika.com, FB Eina Syukry

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.