Warna kuku ada petanda penyakit, 9 kategori kena berjaga-jaga

PENJAGAAN kuku mungkin dianggap tidak sepenting wajah. Bagi sesetengah orang, memadai memotong kuku seminggu sekali untuk menjaga kebersihan diri.

Namun ada yang sangat menjaga kebersihan kuku dengan pergi ke pusat ‘manicure’ dan ‘pedicure’ supaya kelihatan cantik.

Tetapi, sebelum mencantikkannya anda sebenarnya perlu pastikan kuku sihat terlebih dahulu.

Rupanya, anda boleh check penyakit dalam badan melalui warna kuku dan ada sembilan kategori warna kuku tidak sihat dan kena berjaga-jaga!

1. Kuku pucat

Masalah kesihatan yang serius boleh mendasari tanda penyakit melalui kuku seperti;

  • Anemia
  • Kegagalan jantung kongestif
  • Penyakit hati
  • Malnutrisi

2. Kuku putih

Jika kuku anda berwarna putih dengan rim gelap, ia menunjukkan masalah kesihatan berkaitan hati seperti hepatitis.

Terdapat juga masalah penyakit kuning (jaundice), yang juga merupakan satu lagi tanda masalah hati.

Baca juga Simpan 25 tahun, wanita miliki kuku terpanjang dunia dedah kematian anak punca tidak potong

Suka simpan kuku panjang, ini bahayanya!

3. Kuku kebiruan

Turut dikenali sebagai kuku bluish dan bermaksud tubuh anda tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

Ia boleh dikaitkan dengan masalah paru-paru, seperti emfisema (Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik, COPD).

4. Kuku kuning

Penyebab kuku kuning yang paling biasa adalah jangkitan kulat. Atau dalam sesetengah kes yang agak jarang berlaku, kuku kuning menunjukkan keadaan kesihatan yang serius seperti penyakit tiroid, penyakit paru-paru, diabetes atau psoriasis.

Kredit foto: Twitter Dr Ahmad Samhan

5. Kuku kering atau rapuh

Kuku yang sentiasa kering dan rapuh bisanya berhubung kait dengan penyakit tiroid.

6. Bengkak sekitar kuku

Kuku kelihatan merah dan bengkak, dikenali sebagai kerengsaan kuku. Ia mungkin kerana masalah lupus atau gangguan tisu penyambung lain.

Iklan

7. Kuku ripple

Jika permukaan kuku merasa tidak rata dan seperti ada lekukan kecil, ia mungkin petanda awal psoriasis atau keradangan arthritis.

Baca juga Suka gigit kuku petanda sakit jiwa? Selain budak, orang dewasa pun ada!

Suka gigit kuku petanda sakit jiwa? Selain budak, orang dewasa pun ada!

8. Garis gelap di bawah kuku

Sekiranya terdapat garis gelap di bawah kuku, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin! Ia mungkin disebabkan melanoma, sejenis kanser kulit paling berbahaya.

9. Kuku ‘gnawed’ atau yang digigit

Iklan

Tabiat menggigit kuku boleh menjadi bahaya dan merupakan simptom kebimbangan yang berterusan yang mungkin memerlukan rawatan.

Individu yang gemar menggigit kuku juga boleh dikaitkan dengan gangguan obsesif-kompulsif.

Sekiranya anda mendapati sukar untuk menghentikan tabiat ini, anda perlu berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor secepatnya!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Twitter Dr Ahmad Samhan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.