DI ambang maut, demikian situasi terpaksa dihadapi bayi berusia lapan bulan di India ini selepas tertelan pengetip kuku.

Malah lebih membimbangkan alat pemotong tajam itu dikatakan tersekat 15 sentimeter (cm) di dalam tekaknya.

Jika tidak kerana tindakan pantas diambil sepasukan doktor di Kolej Perubatan Vasant Pawar di Adgaon, Nashik di Maharashtra, ibu bapa berkenaan mungkin kehilangan anak mereka.

Baca juga: Kasih ibu tiada tandingan, wanita cedera parah bertarung harimau selamatkan bayi

Menurut Times of India, ibu bapa bayi berkenaan hanya menyedari bayi berkenaan tertelan pengetip kuku berukuran 5 cm ketika bermain pada jam 4.30 petang.

Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak yang mengendalikan kes tersebut, Prof Madya Shasikant Anil Pol berkata bayi itu tidak berhenti menangis ketika tiba di pusat perubatan.

“Kami segera melakukan imbasan x-ray dan mendapati pengetip kuku berkenaan berada jauh ke dalam tekaknya, kira-kira sedalam 15 cm.

“Keputusan untuk menjalankan pembedahan diambil serta-merta. Sepasukan doktor bersama pakar bius bertungkus lumus dan akhirnya berjaya mengeluarkan pemotong kuku itu. Kami pada mulanya tidak dapat mencengkam pemotong kuku dengan baik  dan ia telah bergerak ke dalam.

“Bagaimanapun, objek berkenaan akhirnya selamat dikeluarkan setelah mengambil masa sekitar 30 minit,” tambahnya.

Beliau mengakui proses mengeluarkan objek itu amat mencabar memandangkan saluran pernafasan bayi berkenaan kecil. Bagaimanapun bayi itu dikatakan semakin pulih dan telah mula diberikan makanan pada keesokan pagi.

Baca juga: Umur 23 tahun sudah punya 11 bayi, ibu muda ini bergilir-gilir tugas urus anak dengan suami

Prof Madya Shasikant Pol berkata kes tertelan pengetip kuku adalah yang pertama kali ditemuinya.

“Kami selalunya menerima pesakit kanak-kanak yang tertelan syiling atau penutup pen. Ini adalah kali pertama kami menerima pesakit tertelan pemotong kuku,” katanya.

Baca juga: Bayi maut selepas sejam dilahirkan, doktor ini kongsi bahaya kuman GBS

Iklan

BAHAYA OBJEK KECIL

Kredit foto: Pexels 

Menurut portal Education Standard Board Australia, kanak-kanak di bawah usia dua tahun tidak sepatutnya mempunyai akses kepada objek kecil.

Hal ini kerana mereka mungkin memasukkannya ke dalam mulut dan meningkatkan risiko tercekik.

Tercekik adalah punca keempat kecederaan dan kematian dalam kalangan kanak-kanak bagi kanak-kanak di bawah lima tahun. Kebanyakannya disebabkan oleh objek seperti makanan, syiling, mainan, batu kecil, butang, bateri kecil guli, dadu permainan, paku, skru, pin magnet kecil dan sebagainya.

Iklan

Paling penting, ibu bapa dan penjaga perlu sentiasa memantau kanak-kanak terutamanya yang masih kecil. Diameter saluran pernafasan mereka hanya sebesar penyedut minuman. Bayangkan jika sekeping duit syiling atau sebiji anggur tersekat padanya, si kecil ia boleh membawa maut!

Baca juga: Pakar buang ketumbuhan kelenjar air liur seberat 3 kilogram! Ini apa yang berlaku

Sumber: Times of India, Education Standard Board Australia, New York Dept of Health

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan