Work from home? Fahami perkara penting ini elak berlaku kekeliruan antara majikan dan pekerja

10 tip bekerja dari rumah sepanjang tempoh PKPB yang lebih sistematik
October 23, 2020
Faizul Hakimi

DASAR Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi kawasan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mula berkuat kuasa hari ini menyaksikan masih wujud kekeliruan dalam segelintir majikan dan pekerja.

Amalan BDR merujuk kepada pelaksanaan tugasan pejabat di rumah masing-masing mengikut tatacara atau garis panduan yang ditetapkan oleh majikan mengikut keperluan syarikat masing-masing.

10 tip bekerja dari rumah sepanjang tempoh PKPB yang lebih sistematik

Dalam memastikan inisiatif itu dapat berjalan lancar, pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengeluarkan soalan lazim yang bakal menjawab persoalan berkait dasar ini.

Berikut antara perkara penting yang perlu untuk anda tahu sebagai majikan dan pekerja:

  • Pihak industri wajib melaksanakan amalan BDR atau Work From Home (WFH) bagi kakitangan kumpulan pengurusan dan penyeliaan, merangkumi tugasan melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
  • Hanya 10 peratus kumpulan pengurusan dan penyeliaan boleh berada di pejabat, bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang (4 jam sahaja) untuk tiga hari seminggu.
  • Syarikat boleh menjalankan sistem penggiliran dinasihatkan untuk sediakan surat pelepasan dan senarai pekerja yang terlibat untuk BDR.
  • Pekerja sektor-sektor lain (informal) dibenarkan bekerja seperti biasa mengikut garis panduan PKPB yang ditetapkan.
  • Pekerja perkhidmatan pengangkutan (pengangkutan awam, bas ekspres, LRT, teksi, e-hailing dan khidmat penghantaran makanan) boleh bekerja seperti biasa.
  • Majikan tidak dibenarkan menukar kekerapan dan tempoh penugasan yang ditetapkan (seperti perkara no.2)
  • Saringan Covid-19 hanya wajib bagi pekerja asing di sektor pembinaan, pengawal keselamatan dan semua pekerja dari zon merah yang bergejala sahaja.
  • Sekiranya terdapat 10 orang atau kurang di dalam kumpulan pengurusan dan penyeliaan, hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk datang ke pejabat pada satu-satu masa.

Perincian lanjut berhubung soalan lazim ini, sila rujuk pautan yang disediakan MITI ini.

Sumber rujukan : astroawani

About Faizul Hakimi