BOLEH dikatakan setiap kali menyambut Aidilfitri, kalau tiada menu rendang rasa seperti tidak lengkap.

Perasaannya seperti berjalan dengan sebelah kasut sebab sebelah lagi hilang selepas balik solat sunat raya di masjid.

Memang kecewa! Begitulah perasaan tatkala rendang tidak dihidangkan ketika berhari raya. Meskipun kebiasaannya menu itu tetap mudah didapati, namun ‘nikmat’ suasana berbeza membuatkan rendang sangat istimewa ketika Lebaran.

Tidak hanya itu, menurut perkongsian popmama, rendang telah diiktirafkan sebagai pilihan makanan terbaik dunia.

Perkara itu disahkan oleh CNN Travel menerusi 50 makanan paling lazat.

Daripada senarai panjang itu, berikut lima menu lain yang turut mendapat penghormatan yang sama.

1. Kari Massaman (Thailand)

Penggemar makanan Thai sudah tentu kenal akan masakan ini.

Bukan hanya hidangan Arab atau India yang terkenal dengan menu kari, tetapi Thailand juga tetap mempunyai tarikan tersendiri.

Boleh dikatakan setiap kawasan di Thailand mempunyai cara tersendiri dalam penyediaan makanan itu.

Difahamkan Kari Massaman sangat terkenal oleh mereka dari selatan Thailand.

Rasa pedas dan manis dengan campuran santan kelapa sudah tentu menghasilkan rasa lemak serta pekat.

2. Piza Napoli (Itali)

Makanan segera yang satu ini mesti ramai mengetahuinya. Mustahil tidak kenal kan?

Piza Napoli atau Neapolitan Pizza turut tersenarai sebagai makanan terenak di dunia.

Doh roti yang diuli secara asli menggunakan tangan menghasilkan adunan sempurna.

Pelbagai perisa yang dihiaskan di atasnya seperti keju, sos tomato, potongan daging dan sayur hijau.

3. Coklat (Mexico)

Siapa penggemar coklat di sini boleh klik ikon suka di bawah.

Tanpa mengira usia sama ada anak kecil atau dewasa, mereka pasti sangat menyukainya.

Pasti sahaja coklat menjadi makanan popular di serata dunia kerana boleh dikatakan menu berasaskan coklat sentiasa diangkat sebagai menu utama.

Iklan

Begitu juga dengan kedai manisan yang rata-rata coklat menjadi jualan utama mereka.

Disebabkan itu, tanggal 7 Julai pada setiap tahun telah diangkat sebagai Hari Coklat Sedunia.

4. Asam laksa Penang (Malaysia)

(sumber: rasa.my)

Wah sedap juga jika dapat makan asam laksa Penang, dapat pula jika dimakan bersama dengan cendol, aduh betul-betul kecur air liur.

Asam laksa Penang selalunya dibuat dengan menggunakan ikan makarel rebus, asam jawa, cili, serai, bawang, nanas dan daun pudina.

Kepekatan kuah bercampur dengan kekenyalan tekstur laksa menambahkan lagi rasa enak.

5. Sushi (Jepun)

Iklan

Makanan dari negara Matahari Terbit ini mempunyai pengikutnya tersendiri.

Segelintir mungkin rasa kurang ‘kena’ kerana sebilangan hidangan dimakan mentah.

Namun, itu tidak menghalang mereka untuk gembira menikmati makanan tersebut.

Secara ringkas, berikut antara makanan yang menjadi tarikan seantero dunia.

Bagaimanapun itu kata mereka, anda pula macam mana?

 

Jangan lupa follow kami diInstagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI