MEMEGANG gelaran ibu tunggal hampir 10 tahun, penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Ayu Ting Ting akhirnya terbuka hati untuk bakal mendirikan rumah tangga.

Acara pertunangan telah diadakan pada 4 Februari lalu di salah satu hotel di kawasan Bogor dengan dihadiri keluarga dan kerabat terdekat.

Ayu dan bakal suaminya, Lettu Muhammad Fardhana yang merupakan kolonel tentera, sedang menanti saat pernikahan mereka dalam waktu dekat.

Baca juga:Sentuh Kaabah, masuk raudah & lihat Tiang Aishah, Norreen sayu. ‘Aku rasa malu sangat dekat sini’

Rencana itu dimaklumkan pengurus perkahwinan, Inge Ayelia ketika ditemui di studio Rumpi, Trans TV, baru-baru ini.

“Sepertinya dalam waktu yang dekat juga, doakan saja (tahun ini).

“Tetamu sudah dinyatakan pihaknya Dhana dan Ayu. Sekitar 2,000 undangan,” katanya.

Tetapi konsep pernikahan katanya masih dalam perbincangan kerana banyak yang menawarkan tajaan.

“Banyak penajaan jadi tidak perlu kita mencari sudah banyak yang mahu memberi,” katanya.

Baca juga:Rumah kayu atas pokok, keunikan Rainforest Tree House jadi tarikan di Kulai, Johor

Ayu turut berkongsi beberapa foto hari bahagianya dengan memakai baju pengantin berwarna putih sambil berdiri bersebelahan dengan lelaki tersebut.

Foto berkenaan meraih lebih 2.9 milion like dan 36,000 komen setakat ini.

Iklan

Dalam rekod, penyanyi yang popular dengan lagu Sambalado itu pernah berkahwin dengan Henry Baskoro Hendarso pada 4 Julai 2013 dan bercerai pada 1 April 2014.

Pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata perempuan, Bilqis Khumairah Razak pada 28 Disember 2013 dan kini berusia 11 tahun.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!