MUNGKIN tidak keterlaluan andai dikatakan tahun ini sekali lagi Syafiq Yusof mencipta fenomena menerusi filem Sheriff.

Manakan tidaknya, dalam tempoh empat hari sahaja, filem berkenaan berjaya meraih kutipan sebanyak RM16.3 juta.

Syafiq Yusof yang juga adik kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof, telah mendirikan perkahwinan bersama Aisyeah Zainal pada 5 April 2014.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua orang anak perempuan, Nuur Jannah,7 dan Nuur Nusaybah, 5.

syafiq yusof

Menerusi satu temu bual bersama Majalah Nona baru-baru ini, pengarah muda itu berkongsi momen sambutan raya bersama keluarga.

Momen kemaafan

Akuinya, dalam kesibukan dengan tayangan filem terbaharunya itu, namun bapa kepada tiga cahaya mata itu tetap meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam segala hal.

“Raya tahun ini sederhana dan biasa-biasa sahaja. sehari sebelum raya baru siap filem Sheriff. Memang penat tapi saya tetap bawa anak-anak dan isteri ke rumah ibu dan ayah sebelum ke rumah mertua. kemudian ke rumah nenek sebelah ibu. Selepas itu, sambung kerja semula.

syafiq

“Pada saya momen paling bermakna apabila dapat berkumpul dan bermaaf-maafan bersama keluarga. Waktu itulah adalah saat yang sejujurnya kita dapat mohon maaf dan harapkan kemaafan. Kita tak tahu tahun depan adakah masih ada peluang itu. Jadi, momen itu sangat bernilai,” ungkapnya penuh makna.

syafiq1

Pemilik nama sebenar, Mohd Syafiq bin Mohd Yusof pada masa sama mengakui sentiasa menjaga keharmonian rumah tangga. Bahkan, nasihat serta tunjuk ajar daripada kedua orang tuanya sentiasa menjadi panduan dalam melayari bahtera perkahwinan.

“Saya sentiasa ikut nasihat ayah dan ibu iaitu kena jaga dan setia pada isteri. Bahkan, mereka (ibu bapa) banyak kongsi tip kebahagiaan rumah tangga dengan kami,” jelas Syafiq sambil berseloroh tidak membenarkan isteri berlakon sebab dia memang tak pandai.

syafiq yusof 1

Iklan

Pillow talk

Sementara itu, Aisyeah Zainal mengakui, selama satu dekad bergelar suami isteri, beliau cukup faham dan akur dengan kesibukan ayah kepada anak-anaknya itu.

“Kena faham dia (Syafiq) dan pada masa sama, saya selalu minta pandangan mertua. Lagipun sudah kahwin 10 tahun. Dulu memang selalu bersama, tetapi sekarang suami sentiasa sibuk. Jadi saya kena memahami kesibukannya.

syafiq yusof 2

Iklan

“Lagipun saya selalu juga ikut suami pergi kerja. Jadi komunikasi kami adalah pillow talk. Kalau ada masalah atau tak puas hati kena selalu cakap dan luahkan, jangan diam,” ujarnya lagi.

Sumber gambar: Instagram fiq000s

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!