BINTANG utama filem Aquaman, Jason Momoa mengumumkan penceraiannya dengan isteri yang juga aktres, Lisa Bonet pada Rabu.

Menurut Momoa, selepas 16 tahun hidup bersama, dia dan Bonet juga tidak terlepas melalui perubahan.

“Kita semua berdepan dengan pelbagai perubahan dalam tempoh masa penuh dugaan ini. Banyak perubahan berlaku dan keluarga kami juga tidak terlepas daripada berdepan pelbagai perubahan itu.

“Jadi, kami ingin kongsikan satu berita bahawa kami sudah membawa haluan masing-masing,” tulisnya.

Tambah Momoa, 42, dia dan Bonet akan terus menyayangi antara satu sama lain, namun ia berkembang dengan cara yang berbeza.

Iklan

“Kami kongsikan perkara ini bukan kerana kami rasa ia ada nilai berita. Tetapi kami dapat teruskan kehidupan kami dengan bermaruah dan jujur.

“Rasa sayang antara kami masih berterusan, cuma ia berkembang dengan cara lain dan kami akan terus hidup. Kami bebaskan satu sama lain untuk menjadi apa yang dimahukan…” ujarnya yang menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.

Iklan

Momoa berkenalan dengan Bonet, 54, pada tahun 2005 dan berkahwin pada penghujung tahun 2017. Sepanjang hidup bersama, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.