16 tahun kahwin, kejujuran rahsia kebahagiaan Mawi & Ekin.' Tak pernah kongkong, periksa telefon suami'
16 TAHUN melayari bahtera perkahwinan, penyanyi dan penyampai radio, Asmawi Ani atau mesra dengan panggilan Mawi belum pernah kedengaran gosip atau kontroversi yang melanda mahligai cintanya.
Akui juara musim ketiga Akademi Fantasia (AF3) selama mendirikan rumah tangga, baik dirinya mahupun isteri, Ekin tidak mempunyai apa-apa rahsia.
Sebaliknya, pasangan suami isteri itu meletakkan kejujuran sebagai kunci utama kebahagiaan dalam rumah tangga.
"Alhamdulillah, ALLAH beri kasih sayang yang kuat untuk kami. Saya bersyukur usia perkahwinan kami sudah mencecah 16 tahun.
"Sejujurnya, tiada apa-apa rahsia. Tetapi bagi saya, apa yang penting dalam sesebuah rumah tangga itu adalah kejujuran. Insya-ALLAH, jika pegang padanya, rumah tangga selamat,"ungkap Mawi
Sementara itu, Ekin pula memberitahu yang beliau sentiasa reda setiap kali suaminya itu keluar rumah untuk mencari rezeki buat mereka sekeluarga.
Tak pandai cemburu
Justeru, hanya doa yang dititipkannya kepada YANG MAHA ESA supaya dipermudah setiap langkah suami kesayangannya itu.
"Saya percaya kalau berlaku ketidakjujuran, lambat laun Tuhan beri petunjuk. Kami tidak ada rutin periksa telefon bimbit masing-masing.
"Kami saling mempercayai. Saya tidak suka kongkong suami atau bertanya ke mana dia hendak pergi atau setiap kali bergerak," ulas Ekin lagi.
Bahkan kata ibu kepada seorang cahaya mata itu, dirinya tidak pandai cemburu atau marah seandainya sang suami mahu berduet atau bekerjasama dengan artis wanita lain.
"Saya beruntung kerana suami diurus oleh bapa saudaranya sendiri. Mawi tidak memandu dan tiada lesen memandu. Jadi, ke mana-mana sahaja suami pergi, pasti ditemani bapa saudara saya.
"Saya juga tidak pandai cemburu atau marah kalau suami hendak berduet atau bekerjasama dengan artis wanita. Saya tahu dia buat semua itu kerana kerja," dedah Ekin lagi.
Untuk rekod, Ekin atau nama sebenarnya Nora'Asikin Rahmat telah berkahwin dengan Mawi pada 20 Disember 2008.
Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 12 tahun.
Sumber: BH Online
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang