ABANG kepada penyanyi Stacy Anam menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.30 pagi tadi di Hospital Sibu, Sarawak.

Chaq atau nama sebenarnya, Camellus Delleli Anam terlibat dalam kemalangan pada 12 Mac lalu meninggal dunia.

Berita duka pemergian Chaq dikongsikan adikn lelakinya, Aldrich Andy Anam kepada sebuah portal berita tempatan.

“Abang saya sudah tiada. Jantungnya terhenti sekitar pukul 3.30 pagi,” kata Aldrich.

Mendiang terdahulu terlibat kemalangan di Bintangor, Sarawak sehingga mengakibatkan dia mengalami pendarahan dalam kepala.

Tidak hanya itu, Naib Juara Mentor 3 itu bertarung nyawa di hospital walaupun sudah menjalani dua pembedahan disebabkan pendarahan itu.

Difahamkan beberapa organ dalaman Chaq mengalami gangguan antaranya masalah jantung selain hati dan limpa mengalami luka.

Baca juga: Akim-Stacy saling melengkapi, cipta magis tersendiri sebagai pasangan duet komposer

Chaq muncul sebagai Naib Juara Mentor 3 pada tahun 2009 di bawah didikan Ajai.

Saat-saat terakhir Chaq ditemani Aldrich dan ibu mereka Agnes Carlos.

Buat masa ini, mayat Chaq, jelas Aldrich, masih berada di Hospital Sibu dan mereka sekeluarga akan menguruskan membawa mayat kembali ke kampung halaman di Penampang, Kota Kinabalu, Sabah untuk urusan pengebumian.

Stacy pula dijangka tiba di Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur esok bagi bersama-sama keluarga memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Chaq.

Iklan

Baru-baru ini lalu, Stacy turut meminta doa ramai berharap agar abangnya kembali sihat seperti sedia kala.

“Mohon doakan kesembuhan buat abang saya Chaq. Harap dia terus kuat, tetapi saya dapat rasa dia tengah melawan. Insya-ALLAH mesti dia boleh,” katanya.

Iklan

Baca juga: Akim-Stacy saling melengkapi, cipta magis tersendiri sebagai pasangan duet komposer

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.