FILEM komedi aksi, Abang Long Fadil 3 yang ditayangkan di pawagam secara rasmi sejak 8 September lalu, telah berjaya meraih kutipan RM10 juta setakat jam 12 tengah hari ini.

Sambutan baik ini membuktikan penonton masih meletakkan kepercayaan pada karya-karya tempatan dan sekali gus memperlihatkan industri filem Malaysia kembali meriah.

Wakil Penerbit Abang Long Fadil 3, merangkap Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam berkata, pihaknya bersyukur atas sambutan memberangsangkan filem Abang Long Fadil 3.

“Sebagai penerbit, tentunya keutamaan kami mempersembahkan naskhah yang dihasilkan ini mampu diterima serta memberi nilai hiburan kepada penonton.

“Sejak ditayangkan, kami telah menerima pelbagai reaksi daripada penonton selepas menyaksikan Abang Long Fadil 3 dan kami amat berterima kasih kepada semua atas sokongan terhadap filem ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Iklan

Siri ketiga ini menampilkan barisan pelakon seperti terkenal tanah air seperti Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman dan Siraj.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.