“ACL lutut kiri saya putus” - Hairul Azreen ‘rehat’ shooting The Original Gangster

000 hairul azreen
000 hairul azreen
A
A
A

PELAKON Hairul Azreen mengalami kecederaan di lutut kirinya ketika menjalani penggambaran filem aksi The Original Gangster (The OG), arahan Syamsul Yusof.

Menurut Hairul yang cukup sinonim dengan lakonan aksi itu, kecederaan itu melibatkan ligamen krusiat anterior (ACL) pada lutut kirinya yang dikatakan telah putus.

“Dukacita dimaklum saya tak dapat teruskan pengambaran The OG disebabkan ACL lutut kiri saya putus.

“Minta maaf kawan-kawan dan team production. Dah sampai masa untuk saya rehat,” tulisnya pada satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Dalam perkongsian sama, suami kepada Hanis Zalikha itu turut memuatkan naik beberapa foto dan paparan video ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Menerusi video tersebut Hairul yang dilihat bergerak menggunakan kerusi roda itu turut menjalani pemeriksaan CT Scan atau pengimbasan tomografi berkomputer.

Selain Hairul, filem The OG yang menjalani penggambaran sejak bulan lalu itu turut menampilkan lakonan Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam, Soffi Jikan dan aktor Indonesia, Yayan Ruhian.

Menerusi ruangan komen, Hairul dihujani dengan kata-kata semangat dan doa agar segera sembuh dan dapat kembali bekerja seperti biasa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca