AEON, IRAMA bekerjasama jayakan kempen Kita Merdeka Kami Anak Malaysia

Aris Ariwatan, Ezad Lazim, Eka Hazika, Winnie K,
Aris Ariwatan, Ezad Lazim, Eka Hazika, Winnie K,
A
A
A

SYARIKAT peruncitan, AEON Co. (M) Bhd. (AEON) dan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) menjalinkan bekerjasama dalam kempen Kita Merdeka Kami Anak Malaysia sempena meraikan Hari Kebangsaan ke-65.

Kempen yang akan berlangsung di Perkarangan AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan pada 31 Ogos, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam ini tampil dengan pelbagai aktiviti menarik kepada semua pengunjung pelbagai golongan masyarakat.

Selain aktiviti jualan dan pameran motorsikal, dua pentas iaitu di dalam serta diluar (perkarangan) Aeon Mall Nilai disediakan untuk pelbagai aktiviti serta hiburan pengunjung pada hari terbabit.

Bukan itu sahaja, bagi yang gemar menyanyi dan mengasah bakat, boleh menyertai pertandingan nyanyian Kita Merdeka Kami Anak Malaysia Mencari S7 & IRAMA Idol anjuran AEON, S7 dan IRAMA dengan sokongan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Ia akan bermula pada jam 11 pagi di pentas utama di dalam AEON Mall Nilai dan akan berakhir pada jam 1 tengahari.

Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga saringan iaitu di AEON Mall Nilai pada 31 Ogos, AEON Mall Tebrau City (17 September 2022) dan AEON Mall Bhd Bukit Mertajam (24 September 2022).

Pentas final akan berlangsung di AEON Mall Wangsa Maju pada 1 Oktober dengan hadiah yang ditawarkan ialah RM1000 beserta piala & sijil untuk juara, RM800 beserta piala & sijil untuk tempat kedua dan RM500 beserta piala & sijil untuk tempat ketiga.

Tidak berakhir di situ, Mel Rockanova akan menghiburkan pengunjung pada acara mini konsert yang akan berlangsung pada pukul 5 petang di pentas di dalam AEON Mall Nilai.

Acara hiburan yang juga kemuncak program pastinya ditunggu-tunggu kerana menampilkan barisan artis berbilang kaum bagi menghiburkan pengunjung yang terdiri daripada masyarakat majmuk.

Program dinamakan Konsert Merdeka yang bermula pada jam 8.30 malam akan menampilkan DR SAM yang popular menerusi lagu patriotik Saya Anak Malaysia, Aris Ariwatan, Ezad Lazim, Eka Hazika, Winnie K, manakala pengacara ialah Hairul Nizam (DIVA).

"AEON dan IRAMA berharap agar kempen ini dapat menyuntik semangat patriotik dikalangan rakyat Malaysia agar terus cintakan negara.

"Semoga apa yang disajikan memberi manfaat kepada masyarakat dan teruslah menyokong AEON Mall dengan berbelanja di sini," ujar kenyataan itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca