TRAGEDI tanah runtuh yang berlaku di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Jumaat lalu sememangnya menggemparkan rakyat Malaysia apabila hampir 100 mangsa terlibat dalam tragedi tidak terduga itu.

Sehingga kini, 12 orang masih hilang dan misi pencarian menjadi sukar ekoran kedalaman tanah yang runtuh menyamai bangunan 10 tingkat.

Dalam cuaca tidak terjangka ini, orang ramai dinasihatkan menjauhi kawasan perkhemahan, sungai bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun buat penggiat seni, komitmen kerja harus diutamakan biarpun terpaksa menjalani penggambaran di tepi sungai. Begitulah yang dilalui oleh pelakon dan pelawak, Bell Ngasri baru-baru ini.

Menurut Bell atau nama sebenarnya Nasrizal @ Ngasrizal Ngasri, 42, dia bersama kru produksi berdepan detik cemas apabila air sungai naik mendadak secara tiba-tiba ketika menjalani penggambaran Legenda Kaling di tepi sungai.

“Bila bercerita tentang malapetaka yang menimpa negara sekarang ini, tanah runtuh, banjir dan macam-macam lagi. Lebih-lebih lagi berada di tepi sungai di musim hujan. Baru-baru ini di set penggambaran, kami pun hampir membahayakan nyawa semua.

Iklan

“Air tiba-tiba melimpah ruah, padahal sebelum itu sungai tersebut cetek sahaja. Mujur tiada yang terperangkap,” ceritanya menerusi hantaran di Instagram.

Iklan

Dapat dilihat dalam dua video yang disertakan, air yang pada awalnya perlahan semakin deras.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bell Ngasri (@bellngasriofficial)

Rata-rata rakan selebriti turut meninggalkan pesan supaya Bell dan kru produksi lebih berhati-hati.