Aishwarya Rai, anak bebas Covid-19

Untitled design (1)
Untitled design (1)
A
A
A

PELAKON jelita Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan, 47, dan anak perempuannya, Aaradha, 9, telah dibenarkan keluar dari hospital setelah hasil ujian saringan wabak koronavirus (Covid-19) negatif.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri suaminya, Abhishek Bachchan, 44, menerusi akaun Twitter, lapor BBC.

"Aishwarya dan Aaradhya telah dibenarkan keluar hospital dan mereka kini dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Saya dan bapa masih ditahan di hospital dan masih menerima rawatan, dijaga dengan baik oleh petugas perubatan," jelasnya dalam tweet yang dimuat naik.

Abhishek juga turut mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan mereka sekeluarga .

Pada 12 Julai, Amitabh Bachchan, 77, disahkan positif wabak berkenaan setelah menunjukkan gejala ringan.

Susulan daripada itu, Abhishek dan keluarganya turut disahkan positif.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca