Akhiri status ibu tunggal, Syura kembali bergelar isteri

A
A
A

PENYANYI Syura Badron selamat bergelar isteri buat kali kedua kepada lelaki pilihannya, Muhd Farizat Ismail, 28, di Masjid As-salam, Puchong Perdana, pada Sabtu.

Pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan tiga kali lafaz bersaksikan 30 ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua pengantin.

Pada majlis yang berlangsung sekitar 12.30 tengah hari tadi itu, Syura, 36, menerima mas kahwin berupa jongkong emas 1.5 gram beserta lima dulang hantaran berbalas lima.

Bagaimanana nilai wang hantaran yang diberikan dalam bentuk barang kemas dirahsiakan atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

Syura berkongsi rasa gembira dan bersyukur apabila segala perancangan yang diatur berjalan lancar dan dipemudahkan.

“Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan. Saya bernikah dengan lelaki bujang dan orang kebanyakan. Dia menjalankan perniagaan makanan kecil-kecilan.

“Kami kenal sejak lima tahun lalu. Dalam tempoh itu, dia menjadi penyokong dan pengkritik saya. Ketika saya menceburi perniagaan produk kecantikan kulit, Charmant, dia juga antara yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar,” katanya yang bakal diraikan dalam satu majlis resepsi di Cheras pada malam ini.

Dalam pada itu, Syura yang merupakan ibu tunggal sejak lapan tahun lalu itu lega apabila tiga anaknya merestui perkahwinan tersebut.

“Mereka sendiri menangis kegembiraan saat saya sah bergelar isteri tadi. Sebagai anak yang kian membesar, mereka juga memahami pergelutan saya dalam meneruskan kelangsungan hidup,” katanya yang berjanji akan terus menjaga anak-anaknya itu dengan sebaik mungkin.

Terdahulu berita pernikahan Syura menjadi perhatian peminat selepas fotonya dalam persalinan pengantin dikongsi rakan baiknya, Lan Solo dan isteri di laman Instagram mereka.

Penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Kasih Tak Terjamah itu sebelum ni pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin, namun bercerai pada Ogos 2015.

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 13, Nurul Qaisara Sofia, 11, dan Muhammad Irfan Aryan, 9.

 

(FOTO: Ihsan Syura)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca