‘Akhirnya…’ - Sharifah Amani kongsi berita gembira

2EC959A7-A1B5-47D0-B654-C81FBFD6B09C
2EC959A7-A1B5-47D0-B654-C81FBFD6B09C
A
A
A

PELAKON Sharifah Amani berkongsi berita gembira perihal dirinya yang kini sudah bergelar tunangan orang.

Amani atau nama penuhnya, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya turut berkongsi gmabar cincin disertai kelibat tunangnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram miliknya.

“Know know got fiance (tahu tahu dah ada tunang).

“Syukur Alhamdulillah. One step closer, till when when (satu langkah ke hadapan, sampai bila-bila),” tulisnya.

Bagaimanapun, setakat ini Amani, 37, belum bersedia untuk berkongsi identiti lelaki istimewa tersebut.

Rata-rata rakan selebriti turut teruja dengan berita gembira tersebut.

Antaranya adalah Datin Lisa Surihani, Betty Benafe, Naim Daniel, Liyana Jasmay, Elfira Loy dan pengarah; Shahrulezad.

“Akhirnya, terima kasih Allah kerana membukakan hati puteriku,” tulis pelakon dan pengarah, Erma Fatima.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca