Akui genetik punca lambat kurus, Fasha Sandha workout dan tak sentuh nasi 2 minggu. Hasilnya buat ramai kagum!

LUMRAH wanita yang melahirkan anak, mereka akan risau tentang berat badan akan naik mendadak selepas itu.

Bagi yang mudah mendapatkan kembali berat ideal, memang legalah. Namun, bagaimana dengan ‘nasib’ kebanyakan ibu-ibu lain?

Masing-masing akan berhempas-pulas melakukan pelbagai cara, baik senaman, pengambilan makanan sihat dan sebagainya.

Baca ni Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun

Hal yang sama sebenarnya turut dialami oleh pelakon terkenal, Fasha Sandha.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui, berat badan beliau dikatakan tidak menentu.

Adakalanya naik dan adakalanya turun. Tidak hairanlah jika penampilan isteri kesayangan Aidil Aziz itu, ada masanya nampak langsing dan kadangkala kelihatan sedikit berisi.

Jelas Fasha Sandha, genetik keluarganya yang memiliki tubuh agak besar antara punca beliau sedikit bermasalah untuk mendapatkan kembali berat ideal seperti sebelumnya.

Menerusi perkongsian selebriti cantik itu di laman Instagramnya baru-baru ini, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkongsi kejayaannya mencapai berat badan ideal mengikut kadar Indeks Jisim Tubuh (BMI).

Nak beli seluar murah DI SINI

Rupa-rupanya, Fasha mendedahkan, beliau tidak makan nasi selama dua minggu.

Pada masa sama, beliau turut melakukan workout secara konsisten setiap hari.

Usaha tersebut membuahkan hasil apabila empunya diri berjaya menurunkan sebanyak 3.8 kilogram (kg) dalam tempoh dua minggu.

“Alhamdulillah tak makan nasi dua minggu dan hari-hari workout. Berat turun 3.8kg. Keseronokan itu macam turun 38kg.

Iklan

“Oh ya, jika mengikut ketinggian, saya tidak overweight mahupun obesiti. BMI saya kategori normal, tetapi saya mahu runcing lagi untuk pengambaran watak yang berat disember nanti. Doakan saya ya,” tulis Fasha menerusi kapsyennya.

Pun demikian, selebriti yang dikatakan sangat berdisiplin ketika menjayakan penggambaran berkata, dirinya enggan menggunakan jalan pintas untuk kurus atau mendapat hasil yang cepat dan mudah.

Baca lagi ‘Comelnya, macam anak mat saleh. Rezeki tu.’ Miliki dua anak perempuan albino, ibu ini luah rasa syukur!

“Saya tak pilih cara itu (jalan pintas), jadi saya terpaksa bergelut dan terseksa sedikit. Jujur cakap, saya miliki genetik besar. Jadi, mental harus kuat jika mahu kurus. Doakan saya road to 60kg berjaya.

“Jurulatih peribadi saya cakap, saya patut berbangga. Sebab pernah mengandung lima kali (dua kali keguguran) dan pernah melahirkan secara pembedahan tiga kali, tetapi BMI masih normal,” ujarnya.

Iklan

Untuk rekod, Fasha mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aidil Aziz dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aisha Amaira.

Sebelum itu, Fasha memiliki dua anak, Putra Rayfal dan Putri Raysha menerusi perkahwinan pertamanya.

Sumber: Instagram Fashasandha

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi