PENYANYI yang juga anggota kumpulan K-Clique, Noki berkongsi berita duka kehilangan bapanya, Aji Lee Ahsam yang meninggal dunia akibat sakit tua pada Jumaat.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 66 tahun di rumahnya di Kota Kinabalu, Sabah.

Noki atau nama sebenarnya, Ahmad Ikhwan Aji, 28, berkongsi berita tersbeut menerusi akaun Instagramnya semalam.

“Bismillah. Ya Allah tempatkanlah bapaku dengan orang-orang yang beriman dan masukkanlah bapaku di syurga pertama-MU ya Allah. Amin ya Allah Amin.

“Al-Fatihah untuk bapaku yang tercinta,” tulisnya yang kini di berada Sabah untuk bersama keluarga menyermpurnakan jenazah arwah bapanya.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 66 tahun.

Difahamkan arwah bapa Noki sebelum ini mengalami lumpuh kedua-dua belah kakinya dan hanya terlantar di katil, namun Allahyarham tidak mempunyai sebarang penyanyi kronik.

Iklan

Perkongsian finalis AJL37 itu turut mendapat perhatian daripada peminat dan rakan-rakan selebriti yang mendoakan Allahyarham, selain memberikan kata-kata semangat buat Noki serta keluarga.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.