Alhamdulillah, rezeki anak dan rezeki bulan Ramadan – Awal Ashaari
PENGACARA Awal Ashaari meluahkan rasa syukur apabila dia dan isteri, Scha Al-Yahya serta dua anak perempuan mereka iaitu Lara Alana, 7, dan Lila Amina, setahun, dilantik menjadi duta lampin bayi jenama antarabangsa, Molfix.
Menurut Awal, atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, ia merupakan satu pengalaman baharu buat mereka sekeluarga yang berada di Turki untuk menjalani penggambaran iklan jenama tersebut.
“Alhamdulillah, rezeki anak dan rezeki bulan Ramadan. Satu pengalaman baru bila dapat berkunjung negara asal Molfix dan dapat belajar bagaimana lampin bayi ini dihasilkan.
“Banyak kajian sudah dibuat terhadap gaya hidup bayi Asia untuk mencipta sesuatu yang sesuai buat bayi Malaysia kita.
“Molfix adalah jenama antarabangsa yang pakar dalam lampin bayi dan tisu telah menjadi peneraju pasaran di Turki dan kebenyakan negara di serata dunia sejak lebih 20 tahun lalu,” katanya menerusi satu perkongsian di laman Instagram.
Dalam pada itu, Awal berkata, dia sekeluarga berasa bangga apabila dengan pelantikan tersebut dan teruja untuk memperkenalkan jenama itu kepada rakyat Malaysia.
“Kami sangat bangga menjadi sebahagian daripada keluarga Molfix.
"Selamat datang ke Malaysia, Molfix,” katanya yang dilantik menjadi duta selama dua tahun.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang