Sempat bergelar isteri 8 hari, pengantin wanita tular tinggi luar biasa meninggal dunia alami sindrom Marfan

No Image Caption
A
A
A

PILU hati membaca kisah wanita ini. Baharu lapan hari menempuh fasa bahagia bergelar isteri, kematian menjemput.

Nur Syahirah Saufi, 27, yang baru-baru ini tular kerana ketinggiannya mencecah 186 sentimeter (cm) dilaporkan meninggal dunia pada 6 Februari selepas baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada 30 Januari lalu.

No Image Caption

Allahyarham Nur Syahirah yang merupakan pemilik akaun TikTok @itsscha_here dilaporkan baru sahaja mendirikan rumah tangga lapan hari.

Berita duka itu dikongsikan adik arwah yang dikenali sebagai Wani menerusi video di TikTok, hari ini.

Bagaimanapun, punca pemergian Allahyarham tidak dikongsi lanjut.

"Assalamualaikum. Saya Wani adik kepada Syahirah ingin beritahu, Scha baru sahaja meninggal dunia pada 6 Febuari 2025, jam 11 Iebih malam.

Artikel Berkaitan:

"Mohon sedekahkan Al-Fatihah. Maafkan segala salah silap Scha dan kalau ada Scha berhutang mohon maklumkan atau halalkan," titipnya.

No Image Caption

Terdahulu, Nur Syahirah menjadi pasangan pengantin tular selepas mendirikan rumah tangga dengan suami yang berketinggian 195cm.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet merasa terkejut mendengar perkhabaran hiba itu.

Menerusi ruangan komen, ada warganet yang memaklumkan pemergian wanita unik itu disebabkan oleh serangan jantung.

"Seolah tidak percaya. Baru saja kisah persandingannya tular, beliau sudah tiada. Al-Fatihah."

"Tak sampai 24 jam up kisah kahwin, kini kisah kematian awak pula. Al-Fatihah buat Scha."

"Ya ALLAH baru sahaja tengok kelmarin video dia pos pasal kahwin. Seriuslah Ya ALLAH. Takziah buat suami dan keluarganya."

Terdahulu, Nur Syahirah pernah viral kerana ketinggiannya.

Memetik laporan Harian Metro pada Mac 2022 wanita yang memiliki ciri luar biasa itu pernah mendedahkan beliau dan tiga adik-beradiknya yang berketinggian 179 cm hingga 193cm mempunyai sindrom Marfan.

No Image Caption

Sindrom jarang berlaku itu lazimnya dialami oleh mereka bertubuh tinggi dengan nisbah kira-kira 1 dalam 3,000 hingga 20,000 kelahiran.

Katanya, sindrom itu menyebabkan mereka mengalami komplikasi pada jantung, paru-paru dan masalah rabun mata.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang