PELAKON Aliff Muhaimin menamatkan zaman solo apabila selamat bergelar suami kepada gadis pilihannya, Nur Fatin Alissa Azam, 21, dengan hanya sekali lafaz sekitar jam jam 11.55 pagi, pada Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Azam Abdullah di hadapan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Masjid Al Ehsan Sungai Serai, Hulu Langat iaitu Ahmad Khaliq Ahmad Rasid.

Majlis penyanyuan dua hati yang berlangsung di Ghazi House, Hulu Langat, Selangor itu turut menyaksikan Aliff, 28, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM15,000 dan sebentuk cincin. Pengantin perempuan turut menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Dengan hanya sekali lafaz, Aliff selamat bergelar suami kepada Alissa.

Aliff yang juga bekas juara Hero Remaja 2017/2018 itu meluahkan rasa syukur selamat dan memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya dan isteri.

“Alhamdulillah syukur majlis hari ini berjalan dengan baik. Harapan saya agar semua orang mendoakan kebahagiaan kami sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Iklan

Aliff dan Fatin Alissa sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada 22 Oktober 2022.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!