Ammar Alfian, isteri sah bercerai secara tebus talak

A
A
A

PELAKON Ammar Alfian Aziz sah bercerai secara tebus talak dengan isteri, Nelissa Nizam, hari ini.

Berita tersebut dikongsi bintang filem Paskal itu menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik fotonya bersama peguam yang membantu dalam urusan tersebut.

“Alhamdulillah. Hari ini mahkamah benarkan saya dan bekas isteri bercerai secara tebus talak dengan bayaran iwad dibayar oleh bekas isteri kepada saya RM7000,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Ammar, 33, memberitahu kebenaran akhirnya terbongkar dan sekali gus memberi bayangan tentang kemelut sebenar yang melanda rumah tangganya sebelum ini.

“Sekarang satu Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tahu perangai sebenar dia.

“Apa yang telah dia lakukan terhadap ibu bapa saya dan saya tidak akan maafkan, Justice has been served,” ujarnya.

Terdahulu pada Januari lalu, Nelissa, 31, membuat tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, namun ditolak oleh Ammar.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mac 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Kyro Shakur yang kini berusia setahun.

 

(SUMBER: Instagram Ammar Alfian)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca