Anak Delimawati meninggal dunia

DELIMAWATI
DELIMAWATI
A
A
A

PELAKON filem Hantu Kak Limah, Delimawati Ismail berkongsi khabar duka kehilangan anak lelakinya, Zulfazli Jaafar yang meninggal dunia pada Jumaat.

Biarpun berat berdepan ujian tersebut, Delimawati, 64, reda dengan kehilangan anak tersayang yang menghembuskan nafas terakhir pada bulan Ramadan yang mulia.

“Allahuakbar.. Berat sungguh dugaan yang kau berikan di hujung Ramadan ini. Kau jemput satu-satunya anak lelaki tunggalku yang mempunyai tanggungan anak masih kecil.

“Pergilah sayang, ibu reda. Semoga Allah menempatkan anak ibu di syurga. Ya Allah, lapangkan kubur anakku, Zulfazli Jaafar. Cantikkanlah rumah baharunya.

“Ibu ampunkan segala-galanya. Tenanglah kamu di sana. Tunggu ibu ya sayang, ibu akan menyusul nanti," tulisnya dalamsatu hantaran di laman Facebook miliknya.

Difahamkan Allahyarham Zulfazli meninggal dunia di Hospital Banting, namun punca kematiannya tidak dinyatakan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca