Anak sulung bergelar isteri, Sharifah Shahirah terima menantu

A
A
A

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah selamat menerima menantu apabila puteri sulungnya, Allisya Tahir, 23, disatukan dengan lelaki pilihan, Mohd Zulhisyamuddin dalam majlis satu pernikahan yang berlangsung pada Jumaat.

Allisya merupakan anak hasil perkongsian hidup Shiera menerusi perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt, sebelum mendirikan rumah tangga bersama Zulkifli Azhari atau Ijoy.

Majlis ijabkabul yang berlangsung meriah di ibu kota dengan kehadiran keluarga dan kenalan rapat itu menyaksikan Allisya dinikahkan sendiri oleh bapanya, dengan hanya sekali lafaz.

Pada majlis sama, bintang muda yang pernah muncul dengan single berjudul Hey Pria ciptaan Sharon Paul itu turut menerima mas kahwin berjumlah RM80 daripada pengantin lelaki, beserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Allisya dinikahkan sendiri oleh bapanya, Jatt sambil disaksikan keluarga terdekat.

Teruja menerima menantu sulung, Sharifah Shahira yang lebih mesra disapa sebagai Shiera, 48, dilihat sibuk menguruskan persiapan dan memastikan majlis istimewa itu berjalan dengan lancar.

Berkongsi momen itu, Shiera turut memuat naik beberapa video yang merakamkan kemeriahannya majlis tersebut.

Turut hadir meraikan pasangan pengantin ialah Sharifah Sakinah, Marsha Milan dan sahabat baik Shiera yang juga merupakan pelakon era 1990an, Azah Aziz.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca