BINTANG sedang meningkat, Anna Jobling sentiasa menghargai sokongan yang diberikan peminat terhadap kerjaya seninya.

Bukan sahaja peminat di tanah air, tetapi pemilik nama lengkap Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman itu turut terharu dengan sambutan yang diterima daripada peminatnya di Indonesia.

Sebagai tanda terima kasih, heroin drama Melur Untuk Firdaus sempat mengadakan majlis rumah terbuka di republik itu ketika terlibat dengan urusan kerja di Jakarta baru-baru ini.

Anna berkata, majlis tersebut diadakan di sana untuk berlaku adil kepada peminatnya dari kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia.

“Majlis berbuka puasa yang lalu telah berlangsung di Kuala Lumpur dan dihadiri oleh peminat dari Malaysia, jadi untuk Rumah Terbuka saya buat di Jakarta pula.

“Alhamdullilah segalanya berjalan dengan lancar menerusi usaha yang dilaksanakan pihak pengurusan dengan dibantu oleh peminat Indonesia.

“Kalau diikutkan ini kali ketiga saya ke sana bertemu peminat selepas kali pertama dulu hadir bersama Merqeen,” kata yang semakin mencipta populariti di negara itu.

Anna bersama peminat ketika majlis Rumah Terbuka yang diadakan di Jakarta baru-baru ini.

Tambahnya lagi, setakat ini tidak timbul sebarang isu kalau ada yang beranggapan dia tidak berlaku adil dengan peminatnya baik di Malaysia mahu pun Indonesia.

“Bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak. Alhamdullilah, peminat saya sangat memahami dan tidak putus menyokong karier saya.

“Tak timbul isu pilih kasih atau tidak. Saya juga memang mencuba yang terbaik untuk meluangkan masa bersama-sama peminat jika ada waktu lapang,” katanya.

Salah faham

Mengulas mengenai isu penganjuran Rumah Terbuka di Jakarta juga, pelakon berusia 22 tahun itu baru-baru ini turut dikecam gara-gara kenyataannya yang enggan berkongsi alamat kediaman keluarganya di salah tafsir warganet.

Tindakan Anna itu didakwa mereka sebagai sengaja dilakukan untuk mengelakkan peminat menyerbu ke rumahnya untuk beraya.

Iklan

“Semuanya adalah salah faham yang timbul daripada tajuk artikel. Kediaman keluarga saya di Melaka sangat kecil ruangnya.

“Jadi bila wartawan tanya adakah saya menerima kunjungan peminta di Hari Raya, saya tidak kongsi alamat kerana tidak mahu tetamu yang hadir bersempit di rumah.

“Keluarga juga mahukan privasi di Hari Raya,” katanya yang mengakui sangat menghargai semua peminatnya.

Anna bersama pihak media Indonesia yang turut hadir memberikan liputan.

Dalam perkembangan lain, Anna berkata, kunjungannya ke Jakarta adalah atas urusan kerja, selain mencuri kesempetan untuk bertemu dan beramah mesra dengan peminat di sana.

Iklan

“Ada beberapa tawaran daripada pihak produksi di sana, tetapi saya terpaksa menolak atas sebab jadual yang ketat di Malaysia.

“Jadi kali ini, pihak pengurusan akan cuba yang terbaik untuk menyusun jadual dan mempertimbangkan beberapa tawaran yang akan datang,” jelasnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi