Anzalna, Mas Idayu manis berhijab

ANZALNA & MAS IDAYU
ANZALNA & MAS IDAYU
A
A
A

PELAKON Anzalna Nasir membuat kejutan istimewa buat suaminya, Muhamad Hanif Muhamad Zaki menerusi penampilan berhijab ketika majlis meraikan sambutan hari ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-33 pada Khamis.

“Semoga terus istiqomah. Selamat hari jadi Hanif Zaki,” tulis Anzalna ringkas sebagai kapsyen video tersebut.

Menerusi rakaman video pendek yang dikongsi di laman Instagramnya pada Jumaat, Hanif kelihatan terkejut dan teruja dengan penampilan baharu isterinya itu.

“Insya-ALLAH, sama-sama kita berdoa. Amin,” balas Hanif pada ruangan komen hantaran tersebut.

Perubahan positif pelakon Dendam Aurora itu tentunya turut menarik perhatian ramai peminat dan pengikut yang rata-ratanya tumpang gembira dan memuji penampilan Anzalna yang cantik dan sopan mengenakan hijab.

Selain Anzalna, penyanyi Mas Idayu juga turut mencuri perhatian sama apabila dilihat tampil mengenakan hijab sejak awal September lalu.

Biarpun tidak mengulas lanjut tentang perkara itu, pemilik nama sebenar Mas Idayu Mesnun, 49, mula berkongsi foto-foto terbaharunya dengan berhijab.

Ramai peminat yang menitipkan doa dan kata-kata positif dan mengharapkan yang terbaik buat penyanyi Cinta 100% itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca