Aripah Damanhuri meninggal dunia

ARIPAH DAMANHURI
ARIPAH DAMANHURI
A
A
A

PELAKON veteran Aripah Damanhuri, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sekitar jam 8.15 pagi Selasa.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun, selepas lebih sebulan dimasukkan ke hospital sejak 23 April lalu.

Anaknya, Fais Nurpais Ismail mengesahkan berita tersebut dan memberitahu ibunya tidak sedarkan diri secara tiba-tiba sebelum doktor sahkan jantungnya sudah tidak berfungsi.

“Keadaan mak sebelum ini nampak semakin stabil sehinggalah doktor akhirnya memindahkan arwah dari Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa untuk meneruskan rawatan. Tapi, sudah suratan takdir yang Allah tetapkan, mak akhirnya pergi jua,” katanya sebagaimana dilaporkan.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah Taman Batu Muda hari ini.

Pada 23 April lalu, Allahyarham yang juga merupakan kakak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri dimasukkan ke HKL akibat jangkitan kuman pada paru-paru sehingga terpaksa ditidurkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca